‘Gigih Hiking Bawa Naik Kerusi Meja’ -Kejutan Birthday Istimewa Kamal Adli Untuk Emma Maembong

Umum mengetahui bahawa pelakon cantik, Emma Maembong pernah mempunyai hubungan percintaan dengan pelakon kacak Kamal Adli. Namun mereka telah pun berpisah beberapa bulan yang lalu atas faktor yang pernah dijelaskan oleh mereka sebelum ini.

Terbaru, peminat pasangan ini berharap agar mereka mempunyai jodoh bersama setelah Emma berkongsi kejutan yang dibuat oleh Kamal Adli buat dirinya bersempena hari lahir Emma yang jatuh pada 27 Mac yang lalu.

‘Paling sweet orang pernah buat dekat saya..’

Dalam posting terbabit, Emma nampaknya berterima kasih atas usaha Kamal dalam menyediakan kejutan tersebut dan mengakui belum pernah menerima kejutan semanis itu dari orang lain.

‘Tak cemburu ke..’

Dalam pada itu, peminat menzahirkan rasa kekeliruan tentang siapa sebenarnya yang menjadi pilihan pelakon manis ini namun mereka menyerahkan kepada Emma untuk membuat keputusan berkaitan perkara itu.

‘Suka tengok Emma dengan Kamal’

Rata-rata peminat nampaknya menyokong sekiranya Emma mengambil keputusan untuk kembali bersama Kamal Adli semula. Ucapan hari lahir dan sokongan membanjiri ruang komen status tersebut.

Credit: EmmaMaembong

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment