Datuk Seri Siti Nurhaliza Inginkan Kehidupan Normal Buat Siti Aafiyah

Penantian selama hampir 12 tahun kini sudah sampai penghujungnya apabila penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan pada 19 Mac lalu. Kelahiran bayi yang mendapat gelaran si comel pipi merah itu bukan sahaja dinantikan oleh keluarganya tetapi juga oleh peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Semalam, genap seminggu puteri sulungnya dilahirkan, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya mendedahkan nama penuh puteri sulungnya iaitu Siti Aafiyah Binti Khalid. Nama tersebut didedahkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K dalam satu majlis di kediamannya di Bukit Antarabangsa pada Ahad malam semalam.

Majlis akikah dan tahnik itu telah diketuai oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Bakri.

Instagram Siti Aafiyah

Sudah menjadi kebiasaan untuk anak selebriti memiliki akaun Instagram sendiri. Lihat sahaja seperti Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana, Yusuf Iskandar dan banyak lagi. Kebanyakan peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menantikan akaun Instagram puteri sulungnya itu.

Namun menurut Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia masih belum memikirkan untuk mewujudkan sebuah laman sosial instagram untuk anaknya seperti yang dilakukan untuk anak selebriti yang lain.

“Saya masih belum memikirkan apa lagi mengenai Instagram untuk anak saya, tapi saya akan memikirkannya dan dalam masa yang sama saya mahu dia jalani kehidupan secara normal. Saya tahu, sebelum ini sudah banyak Instagram palsu yang direka menggunakan namanya namun saya yakin peminat saya tidak akan mempercayainya selagi saya sendiri tidak mengumumkannya. Buat sementara semua gambar Siti Aafiyah hanya akan dimuat naik di Instagram saya sendiri,”- Datuk Seri Siti Nurhaliza- Mstar Online.

Bagaimanapun menurut sebuah laporan laman portal tempatan, terdapat sebuah akaun instagram yang direka menggunakan nama AafiyahKhalid dan mempunyai lebih daripada 100,000 pengikut.

Menurut pengurus kepada penyanyi tersohor itu iaitu Rozi Abdul Razak, akaun Instagram itu adalah inisiatif yang dibuat oleh anak kedua Datuk Seri Khalid iaitu Asyraf Khalid. Akaun Instagram rasmi Aafiyah Khalid daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza masih belum ada lagi.

Penantian 18 Tahun Datuk Seri Khalid Berakhir

Selepas 18 tahun menanti, akhirnya doa Datuk Seri Khalid yang juga suami kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza telah dimakbulkan Allah. Datuk K memberitahu kepada pihak media bahawa kelahiran Siti Aafiyah telah menamatkan penantiannya selama 18 tahun untuk mendapatkan cahaya mata perempuan.

Menurut Datuk K lagi, dia telah menyediakan sebuah bilik khas untuk seorang cahaya mata perempuan dalam rumah berkenaan sejak 18 tahun yang lalu.

Datuk K juga turut menghadiahkan sebentuk cincin daripada pihak Siti Aafiyah dan diberikan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai tanda penghargaan. Dia mahu anaknya sentiasa ingat dan akan memberikan hadiah kepada ibunya setiap kali hari jadinya dan bukan sebaliknya.

Sumber: Mstar Online dan Gempakz Viral
Sumber Gambar: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

The post Datuk Seri Siti Nurhaliza Inginkan Kehidupan Normal Buat Siti Aafiyah appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment