Bunga Terima Surat Cinta Sweet Dari Noah Sinclair

Penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari sememangnya terkenal di negara seberang. Namun, namanya juga meniti di bibir peminat Malaysia kerana lagu Wanita Terbahagia pernah hit di negara kita. Dia telah berkahwin dengan pelakon Malaysia iaitu Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan seorang putera sulung, Noah Sinclair.

Terbaru, Bunga telah berkongsi surat cinta dari kesayangannya sempena ulang tahun ke-35. Ucapan surat itu sangat bermakna dan comel apabila dikirimkan oleh puteranya sendiri. Kecil-kecil sudah pandai menulis ayat sweet!

‘Pelukan itu panas’

Bunga menerima sepucuk surat ucapan ulang tahun ke-35 dari anaknya, Noah. Ternyata ucapan kanak-kanak ini sangat bermakna buat Bunga. Noah turut mendoakan kesejahteraan buat ibunya dan dia memahami bahawa Bunga sangat suka pelukan.

Kerana pelukan itu panas, lembut dan selesa sehingga membuatkan dirinya merasai perasaan cinta yang luar biasa. Malah, pelukan itu dapat mengalirkan kimia kasih sayang antara seorang ibu dan anak.

Rasa bertuah

Ternyata kanak-kanak 9 tahum ini menyayangi dan memahami ibunya. Bunga meluahkan rasa syukur dan bertuah dianugerahkan Noah, seorang anak yang pintar.

Selamat ulang tahun, Bunga Citra Lestari !

Credit: Bunga Citra Lestari

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment