Adakah “Cinta” Di Antara Miller Khan Dan Ain Edruce?

Bila cinta yang terputus lima tahun lalu masih membuatkan debar di dada, adakah masih ada cinta itu?

 

Gambar : Blu Inc Media

 

Sebuah hubungan cinta suci lalu kini menjelma kembali pabila dua individu yang terpisah antara dua negara bersua semula secara tiba-tiba. Menerusi kisah cinta yang bakal meruntun hati ini, Ardiansyah (watak yang digalas Miller Khan) dan Melissa (watak yang dipegang oleh Ain Edruce) secara kebetulan terjumpa kembali di sebuah restoran yang pernah menjadi lokasi termeterainya cinta mereka pada lima tahun lalu dan dari situ ia membawa ke arah yang lebih serius serta penuh dramatis.

 

Namun, adakah cinta itu bakal berputik kembali di antara Ardiansyah dan Melissa? Tonton teaser untuk Episod 1 Inspirasi Cinta di bawah. Nantikan episod 1 penuh pada 23 Mac ini.

 

 

*Sesuatu yang besar bakal menemui anda bermula 9 April nanti di Pavilion Kuala Lumpur. Ia dibawakan khas oleh Blu Inc Media Sdn.Bhd. Sejajar dengan itu, enam majalah di bawah satu bumbung Blu Inc Media termasuklah EH!, GLAM, GLAM Lelaki, GLAM Deko, COSMOPOLITAN dan Jelita mempersembahkan kisah cinta mini drama gandingan hebat Miller Khan dan Ain Edruce yang mempunyai 4 episod kesemuanya.

The post Adakah “Cinta” Di Antara Miller Khan Dan Ain Edruce? appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment