Berita kematiaanya itu telah dilaporkan oleh jurucakap universiti tersebut. Nama Hawking mula dikenali atas sumbangannya dalam bidang kosmologi, relativiti umum ( general relativity) dan graviti kuantum terutama dalam konteks lubang hitam.
Sempena penghormatan terakhir, Jelita kongsikan lapan fakta menarik tentang Stephen Hawking. Dia seorang pelajar biasa
Percaya atau tidak, walaupun Stephen Hawking berjaya mengubah pendapat ramai mengenai lubang hitam (black hole) dan alam semesta namun pada asalnya, dia adalah seorang pelajar yang biasa sahaja di sekolah. Dia tidak mendapat markah yang baik ketika di sekolah. Malah, dia tidak dapat membaca dengan betul sehingga dia berusia lapan tahun.
The post 8 Fakta Menarik Tentang Stephen Hawking appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment