600 Kad Perkahwinan Diraja Putera Harry Dan Meghan Markle Telah Diutuskan Kepada Tetamu Bertuah

Jemputan ke perkahwinan Diraja Putera Harry dan Meghan Markle telah pun diutuskan kepada 600 orang tetamu yang bertuah serta 200 teman rapat turut diundang ke acara after party di Frogmore House.

 

Gambar : Kensington Palace Twitter

 

Istana Kensington telah mengesahkan yang mana jemputan rasmi telah diutuskan oleh Prince of Wales untuk upacara pada 19 Mei nanti di St. George Chapel, Windsor.

 

Seramai 600 orang termasuk keluarga Diraja, ibu bapa Ms Markle, teman-teman pasangan itu akan menghadiri upacara di gereja tersebut sekaligus resepsi makan tengah hari yang dianjurkan oleh Ratu Elizabeth II.

 

Gambar : TPGimages

 

Sementara itu pada sebelah petang, seramai 200 orang tetamu akan dibawa ke Frogmore House , di amna Putera Harry dan Ms Markle akan meluangkan masa bersama di situ setelah hubungan mereka telah disahkan secara rasmi sebagai pasangan suami dan isteri.

 

Kad jemputan yang telah diutuskan tersebut dihasilkan oleh Barnard and Westwood, yang mana telah menguruskan “Royal Warrant for Printing & Bookbinding by Appointment to Her Majesty The Queen” sejak tahun 1985 dan mempunyai warrant Diraja yang kedua dengan Prince of Wales.

 

 

Menggunakan dakwat American di atas kad berkonsepkan English, kad jemputan tersebut dicetak dengan rona emas dan hitam serta dibakar sedikit pada bahagian tepi kad tersebut untuk tambahkan lagi keserian kad tersebut.

 

Kad undangan itu bercirikan The Three Feather Badge of The Prince of Wales. Ia telah dicetak oleg Lottie Small yang mana baru sahaja menamatkan program perantisannya, di dalam proses yang terkenal dengan die-stamping menggunakan mesin sejak tahun 1930-an yang dia namakan Maude.

Lebih kurang setengah batu selatan Istana Windsor di Windsor Home Park, Frogmore House bakal menjadi lokasi untuk pasangan Diraja ini meraikan perkahwinan mereka bersama keluarga serta sahabat handai.
Menerusi kad jemputan tersebut turut mendedahkan yang dress code untuk tetamu yang hadir ke acara perkahwinan itu iaitu Uniform, Morning Coat atau Lounge Suit atau Day Dress bersama Hat.

 

The post 600 Kad Perkahwinan Diraja Putera Harry Dan Meghan Markle Telah Diutuskan Kepada Tetamu Bertuah appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment