Busana musim bunga/ panas 2018 kali ini memberi inspirasi untuk Eclipse mencedok siri “Lukisan Berlapis” oleh Nobuhiro Nakanishi, seorang pelukis seni terkenal Jepun yang mempamerkan tanggapan kita terhadap liku perjalanan seorang wanita melalui setiap fasa kehidupan, aliran masa dan perubahan diri yang dialaminya.
Imej serangga yang bersembunyi di sebalik lapisan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan melahirkan suasana yang selesa serta menjadi asas penghasilan cetakan dan sulaman Eclipse.
Koleksi musim bunga/ panas 2018 ini turut menampilkan cetakan menarik pelbagai tona neutral yang diadunkan bersama rona merah dan kelasi. Lebih menarik, potongan moden dan selesa seperti gaun berlisu, fabrik berkedut, gaun denim ringan beropol, sutera bercorak bungaan membiaskan jiwa kewanitaan kepada si pemakai.
The post Pelukis Seni Jepun Jadi Ilham Koleksi Eclipse 2018 appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment