Neelofa Dan Naelofar Hijab Mohon Maaf Kerana Lancarkan Koleksi Be Lofa Di Kelab Malam

 

Baru-baru ini pelakon dan juga usahawan terkenal, Neelofa telah mendapat kecaman dari netizen apabila dia melancarkan jenama tudung turbannya, Be Lofa yang terbaru di sebuah kelab malam yang terkenal, Zouk di Kuala Lumpur pada malam Isnin lalu.

Tindakannya itu telah menimbulkan persoalan pada umum kerana ramai yang beranggapan bahawa lokasi yang dipilihnya itu tidak sesuai dengan acara yang ingin dianjurkan. Selain daripada melancarkan koleksi tudung terbaru, Neelofa juga turut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 29 di sebuah kelab hiburan tersebut.

Tambahan lagi, beberapa video telah tular di media sosial yang di mana kelihatan beberapa wanita bertudung sedang menari dan tariannya kelihatan ghairah sehinggan menimbulkan kemarahan netizen. Rata-rata netizen telah mengecam tindakan wanita bertudung yang menari kerana ia tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung itu

Nisa Kay Terima Kecaman

Gara-gara video menari ghairahnya tular di laman media sosial, nama seorang blogger hangat diperkatakan di media sosial.

Personaliti Youtube, Nisa Kay bagaimanapun mengakui wanita yang dipaparkan di dalam video tersebut telah memohon maaf dan tidak mahu menegakkan benang yang basah dengan mempertahankan perlakuannya pada majlis pelancaran tudung Neelofa itu.

Menurut sebuah akhbar online tempatan, personaliti media sosial itu mengakui perlakuannya itu tidak seharusnya berlaku dan sama sekali tidak menggambarkan dirinya yang sebenar dan imejnya sebagai seorang wanita yang bertudung. Dia juga turut akui bahawa dia tidak mempamerkan contoh yang baik pada wanita lain di luar sana.

The post Neelofa Dan Naelofar Hijab Mohon Maaf Kerana Lancarkan Koleksi Be Lofa Di Kelab Malam appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment