Nasihat Padu Puan Sri Normala Samsudin Buat Pendatang Baru

Sebut saja nama wanita anggun ini, pasti akan terngiang suara dan kebijaksaannya dalam menyampaikan mesej berguna di skrin televisyen. Kehebatan bekas pengacara terkenal, Puan Sri Normala Samsudin masih melekat di hati ramai dek kesantunan dan imej baik yang ditonjolkannya selama ini.

Diam dan tidak terzahir di mata, tidak selalu bermakna hilang. Diam dia berisi dengan memerhati perkembangan daripada jauh. Normala, 53, bekas pengacara tersohor tanah air berjaya Jelita risik untuk kisah terbaru dirinya, selain mengorek rahsia kejayaannya suatu ketika dahulu.

Bijak berkata-kata dan memiliki personaliti tersendiri menjadi DNA wanita hebat ini. Auranya yang memukau masih lagi terasa sehingga kini bagi sesiapa yang mengenalinya suatu ketika dahulu. Usaha yang tidak mengenal jerih payah membuahkan hasil yang menjadikan Normala sebagai pengacara yang cukup disegani. Personaliti diri masih kekal seperti dulu dengan senyuman manis yang tidak pernah lekang daripada bibirnya yang bak delima merekah. Lenggok tubuhnya santun membuatkan diri mudah didekati umum, selain tidak lokek berkongsi ilmu yang ada.

Dunia Pengacaraan Masa Kini Lebih Mencabar

Diaju soalan adakah dia rindu untuk berdiri di depan kamera lagi, Normala tersenyum lebar dan menyatakan dia sudah puas menjalankan tanggungjawabnya dan kini tiba pula masa untuk bakat baru diketengahkan. Apa yang dia rindu adalah mengingatkan zaman gemilang itu yang penuh dengan warna, selain dapat bekerjasama dengan tenaga produksi yang sentiasa menjadi tulang belakang.

Biarpun sudah tidak terlibat lagi dalam bidang penyiaran, namun dia akui masih mengikuti perkembangan semasa. Normala turut menyatakan perasaan bangganya dengan perkembangan dunia pengacaraan dan penyiaran kini. Baginya, Malaysia memiliki banyak bakat besar dan perlu lebih banyak platform untuk mengetengahkan lagi mereka di mata umum.

Nasihatnya cuma satu, agar pengacara baru tampil lebih versatil dan sentiasa cuba mencukupkan ilmu di dada kerana era teknologi di hujung jari kini membuatkan mereka perlu lebih berusaha supaya tiada ruang buat penonton untuk menampakkan kesalahan serta kekurangan mereka.

“Untuk menjadi penyampai yang hebat, seseorang itu perlu ada buah fikiran yang baik, bukan saja perlu tampil menarik dan petah berbicara. Mereka juga harus lebih versatil dalam gaya penyampaian supaya penonton tidak bosan. Saya merasakan Neelofa boleh dijadikan sebagai contoh terbaik dalam karier ini. Dia memiliki pakej lengkap daripada segi rupa dan bakat. Dia juga bijak mengatur setiap langkah agar namanya sentiasa menjadi sebutan ramai, di samping berjaya dalam dunia perniagaan. Bakat baru yang lain juga perlu tahu ruang dan peluang untuk majukan diri. Cuba rampas apa saja peluang yang datang,” nasihat ringkas Normala untuk pengacara baru yang ingin tampil seiring dengan pencapaiannya suatu ketika dahulu.

The post Nasihat Padu Puan Sri Normala Samsudin Buat Pendatang Baru appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment