Kenapa Ada Pihak Pertikai Keputusan Grammy Dan Kemenangan Bruno Mars?

Anugerah Grammy adalah antara acara penganugerahan yang paling dinantikan buat penggemar muzik dan juga buat penyanyi muzik Hollywood. Pada acara tersebut, hasil usaha para penyanyi akan dinilai dan dinobatkan pada malam penganugerahan yang berprestij itu. Lebih daripada 80 anugerah yang dipertandingkan pada malam 29 Januari lalu.
 

 
Banyak nama besar yang tercalon dalam anugerah tersebut antaranya Jay-Z, Bruno Mars, Kendrick Lamar, Ed Sheran, Kelly Clarkson, Kesha, Lady Gaga, Pink dan banyak lagi. Malam tersebut berpihak kepada Bruno Mars apabila dia berjaya meraih anugerah terbanyak.
 
Seperti acara anugerah yang lain, Anugerah Grammy juga tidak terlepas dengan kontroversi. Ramai yang mengecam acara anugerah itu sebagai berat sebelah apabila kebanyakan pemenang pada malam itu adalah lelaki. Satu-satunya pemenang wanita solo adalah Alessia Cara yang memenangi Artis Baru Terbaik.
 

 
Dua wanita lain yang turut memenangi anugerah lagu Country terbaik adalah Karen Fairchild dan Kimberly Schlapman sebagai sebahagian kumpulan Little Big Town.
 
Antara momen yang paling menarik perhatian pada acara itu adalah persembahan daripada Kesha. Kesha menyanyikan lagu yang bertajuk “Praying” dan persembahan itu turut disertai oleh penyanyi wanita yang lain seperti Cyndi Lauper, Camila Cabello, Andra Day, Julia Michaels daan Bebe Rexha.
 

 
Pada akhir persembahan, kesemua penyanyi wanita yang berpakaian serba putih telah memeluk Kesha Persembahan ini sebagai tanda kekuatan untuk wanita yang teraniaya.
 
Dalam pada itu, satu-satunya penyanyi wanita yang tercalon dalam kateogri Album Terbaik, Lorde tidak disenaraikan sebagai penyanyi yang akan membuat persembahan. Hal ini telah dijelaskan oleh Presiden Akademi Rakaman, Neil Portnow bahawa setiap tahun adalah berbeza tidak semua pencalonan akan membuat persembahan kerana kita mempunyai lebih daripda 80 kategori.
 

 
Penyanyi, Ed Sheran yang tidak dapat hadir ke acara itu telah berjaya merangkul anugerah persembahan solo terbaik namun kemenangannya itu tidak mendapat sambutan daripada penonton. Ed Sheran adalah satu-satunya lelaki yang tercalon dalam kategori tersebut. Pencalonan yang lain adalah Kesha, Kelly Clarkson, Lady Gaga dan Pink.
 

 
Bahkan penyanyi, Bruno Mars turut mendapat kritikan daripada penonton apabila album 24K Magic miliknya berjaya meraih anugerah Album Terbaik. Malam itu sememangnya malam terbaik buat Bruno Mars namun dia bukanlah penyanyi yang ingin dilihat oleh penonton untuk terus menaiki podium.
 
Tidak henti setakat itu, ucapan kemenangan Mars juga turut mendapat kritikan kerana bersikap kurang sopan apabila dia hanya memberikan penghargaan kepada penerbit album 24K Magic tersebut. Dia sama sekali tidak memberikan penghargaan kepada faktor lain melainkan kerjayanya sahaja.
 
Kontroversi yang berlaku di Anugerah Grammy ini telah membuatkan pengguna sosial media menggunakan #GrammySoMale untuk memprotes tentang keputusan anugerah tersebut.
 
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Grammy 2018:

Artis Baru Terbaik

Alessia Cara

Persembahan Solo Pop Terbaik

Ed Sheran- Shape Of You

Persembahan Duet/Kumpulan Pop Terbaik

Portugal. The Man- Feel It Still

Album Pop Vokal Terbaik

Ed Sheran- ÷ (Divide)

Lagu Rock Terbaik

Foo Fighters- Run

Persembahan R&B Terbaik

Bruno Mars- That’s What I Like

Lagu R&B Terbaik

Bruno Mars- That’s What I Like

Album Kontemporari Urban Terbaik

The Weeknd- Starboy

Album R&B Terbaik

Bruno Mars- 24K Magic

Persembahan Rap Terbaik

Kendrick Lamar- Humble

Persembahan Rap/Nyanyian Terbaik

Kendrick Lamar ft. Rihanna- Loyalty

Lagu Rap Terbaik

Kendrick Lamar- Humble

Album Rap Terbaik

Kendrick Lamar- Damn

Kejuruteraan Album Terbaik

Bruno Mars- 24K Magic

Muzik Video Terbaik

Kendrick Lamar- Humble

Filem Muzik Terbaik

The Defiant Ones

Lagu Terbaik

Bruno Mars- That’s What I Like

Gambar: TPGimage

The post Kenapa Ada Pihak Pertikai Keputusan Grammy Dan Kemenangan Bruno Mars? appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment