Rihanna Didakwa Hamil Selepas Kemunculannya Di Grammys 2018

Rihanna hamil? Khabar tersebut mula tular di laman sosial pabila penyanyi terkenal ini muncul di pentas Grammys 2018 dengan perutnya kelihatan seperti hamil.

 

Gambar : TPGimages

 

Khabar tersebut semakin menjadi-jadi apabila Rihanna dilihat menutup perutnya ketika meninggalkan after party anugerah Grammys 2018. Penyanyi lagu Love On The Brain itu berjalan keluar dari kelab New York’s 1Oak bersama teman lelakinya, Hassan Jameel.

 

Gambar : Splash News

 

Rihanna dilihat cukup menawan dengan gaun metaliknya yang digayakan bersama kot hitam oversized yang menutupi perutnya. Penyanyi terkenal ini berparti bersama bintang-bintang lain selepas membuat persembahan lagu Wild Thoughts bersama DJ Khaled dan Bryson Tiller di Grammys.

 

Gambar : TPGimages

 

Seperti biasa, peminat membanjiri laman Twitter dengan memberikan pujian terhadap penampilan berseri bintang itu dengan membuat spekulasi yang dia kini sedang hamil.

 

Disamping spekulasi tersebut, ada juga yang mengatakan bentuk badan (perut) Rihanna sememangnya sudah lama begitu. Biarpun sebelum ini pernah barisan media antarabangsa yang mengajukan soalan hamil tersebut, bintang itu sehingga kini tidak memberi sebarang komen lanjut.

 

Pada malam tersebut, Rihanna juga turut membawa pulang trofi untuk kategori Best Rap/ Sung Performance untuk trak Loyalty bersama Kendrick Lamar.

 

The post Rihanna Didakwa Hamil Selepas Kemunculannya Di Grammys 2018 appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment