Pesona Dunia Kecantikan di ZEN Department Store

Tidak sah kunjungan anda ke bumi Bangkok kiranya tidak singgah ke ZEN Department Store dan memasuki zon kecantikan mereka yang telah diberi wajah serba baru dan lebih elegan.

ZEN Department Store yang terletak di Central World menjadi tarikan warga tempatan dan juga pelancong asing. Baru-baru ini mereka telah melancarkan ZEN Beauty, zon kecantikan terbaru sebagai ‘World-class Beauty Landmark’ untuk pencinta dunia kecantikan seluruh dunia. Ia terletak di tingkat satu ZEN Department Store.

ZEN Beauty menyaksikan variasi jenama kecantikan diletakkan di bawah satu bumbung. Setiap kaunter kecantikan terhias moden lagi indah dengan selitan elemen mewah yang dapat memukau pandangan ramai. Kebanyakan jenama kecantikan yang ada di sini memiliki skrin LED untuk memudahkan mereka menyampaikan info terkini berkaitan trend kecantikan dari seluruh dunia. Anda juga boleh bertanyakan sebarang persoalan berkaitan produk yang diinginkan serta panduan kecantikan daripada pakar bertauliah yang ada di setiap kaunter.

Lokasi indah ini menggabungkan pelbagai jenama bermula dari kosmetik, produk penjagaan wajah, haruman dan banyak lagi daripada 130 jenama kecantikan popular. Ia juga bukan saja khusus untuk wanita, malah juga lelaki.

Antara jenama yang boleh anda dapatkan di ZEN Beauty adalah:

  • Dior
  • Chanel
  • Shiseido
  • Jo Malone London
  • Tom Ford Beauty
  • Shu Uemura
  • Cle De Peau Beauty
  • Aesop
  • Urban Decay
  • Benefit
  • Biotherm
  • Bobbi Brown
  • Clarins
  • Clinique
  • Covermark
  • Givenchy
  • L’Occitane
  • Make Up For Ever
  • NYX
  • The Balm
  • Three
  • Yves Saint Laurent Beaute dan banyak lagi!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi 02-100-9999 atau:
www.zen.co.th
http://ift.tt/2mRAOOn
http://ift.tt/2mHhMJX
http://ift.tt/2mHhR0d

The post Pesona Dunia Kecantikan di ZEN Department Store appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment