MKita, Gaya Harian Wanita Moden

Pereka fesyen selalunya dikaitkan dengan busana perkahwinan, tempahan baju raya dan helaian istimewa untuk majlis-majlis tertentu. Tidak terikat dengan perniagaan seperti itu, pereka fesyen duo wanita, Mimpi Kita tampil dengan idea baharu dan unik dengan mengeluarkan koleksi pakaian harian mereka dikenali, MKita.

Koleksi ini dilancarkan sempena menyambut tahun ke-10 mereka dalam gelanggang fesyen. Sepanjang satu dekad ini, Mimpi Kita adalah satu label fesyen yang sentiasa berusaha memberikan servis terbaik kepada pelanggan dengan mereka bentuk busana yang mengikut arus pemodenan fesyen terkini.

Semuanya bermula apabila Nurul Zulkifli (pengasas Kita Kita) dan kedua adiknya mengimpikan pakaian harian serba ringkas di bawah jenama mereka. Sejak idea tersebut tercetus, mereka sentiasa memberi percubaan dalam memulakan rangkaian ‘basic wear’ mereka. Setelah mengambil kita penerimaan pasaran masa kini, Mkita dilancarkan.

Bukan sahaja berterusan menabur bakti dalam mempersembahkan kreativiti dalam bidang fesyen, Mimpi Kita mempunyai misi tertentu dengan berbalik kepada komuniti terutamanya kanak-kanak yang tidak bernasib baik. Oleh itu, setiap pembelian helaian dari Mimpi Kita akan didermakan kepada pertubuhan anak-anak yatim.

Sewaktu pelancaran berlansung turut kelihatan 40 kanak-kanak dan wakil dari Pertubuhan Rumah Anak Yatim & Miskin Klang Sg. Pinang yang menjadi salah satu badan yang menerima faedah terawal melalui Mkita.

Selain itu, bagi mempromosikan pemerkasaan wanita, label fesyen ini turut melancarkan #stylechatter di mana ia menampilkan kisah dan semangat juang wanita daripada pelbagai latar belakang yang boleh memberi inspirasi kepada wanita. Antara personaliti #stylechatter yang terlibat setakat ini termasuklah Hiba Abdul Rahman, pejuang pesakit kanser payu dara, Nelissa Hilman, pemilik jenama kasut, Safuraa Razak, pengasas kedai Mowgli, Ummi Nasir, penata rias selebriti dan Farahana Azmin, bekas ahli gimnastik irama negara.

Sehingga kini, MKita sudah mempunya lima gaya terbaru yang boleh didapati di butik Mimpi Kita dan pasaran atas talian, http://ift.tt/2nnwffb. Anda juga boleh mendapatkan koleksi ini di FashionValet.com dan kedai fizikal terpilih.

The post MKita, Gaya Harian Wanita Moden appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment