Jluxe Premium, Lengkapi Raya Buat Wanita Bercita Rasa Tinggi

Seperti yang kita sedia maklum, Jovian antara pereka fesyen tanah air yang pernah mencetuskan fenomena baju raya ekonomi untuk golongan pertengahan. Sambutan yang cukup menggalakkan membuatkan fenomena baju ekonomi dari pereka-pereka fesyen tempatan semakin luas.

Menyedari busananya semakin mendapat tempat, tahun ini Jovian sekali lagi membawakan koleksi J Luxe Premium yang memberi fokus eksklusiviti, moden dan elegan. Koleksi yang diperkenalkan sejak tahun 2012 ini mensasarkan golongan atasan yang mementingkan nilai estetika setiap busana dengan menuruti setiap kemahuan, ciri-ciri fesyen  dalam satu pakaian.

Setiap adibusana bagai menceritakan kisah tersendiri. Peplum berstruktur, jahitan jemeki menonjol, potongan gaya cape membuatkan sesiapa yang memakai terasa seperti puteri. Tampalan sulam berkualiti, sekuin mewah mengilau dihuraikan dalam kain ‘bell flares’ dan siluet duyung yang boleh didapati melalui beberapa helaian kurungnya.

Penggunaan palet mewah seperti hijau emerald, hitam, silver, merah dan banyak lagi membolehkan pelanggan membuat pilihan tema raya bersesuaian untuk keluarga. Material seperti krepe berat, broked, satin dan juga shantung dipertaruhkan untuk menghasilkan efek mahal dan gah. Menjadikan koleksi ini sebagai signatur dan penanda aras buat kesemua koleksi rayanya, koleksi yang mempunyai 25 reka bentuk secara keseluruhannya menjalani proses pemeriksaan yang ketat bagi memastikan kualiltinya setanding dengan harganya.

Setiap koleksi ini boleh didapati secara tempahan di JStore Shah Alam, Bangsar, Bangi. Bagi memudahkan pelanggannya, koleksi anggun ini juga dibuka di laman sesawangnya iaitu www.jovian.com.my/shop. Harganya pula bermula daripada RM899 hingga RM1,599.

The post Jluxe Premium, Lengkapi Raya Buat Wanita Bercita Rasa Tinggi appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment