Jika dahulu perayaan Tahun Baru Cina hanya diraikan masyarakat Cina umumnya. Bila tiba musim perayaan, pakaian Cheongsam dengan pelbagai warna dan potongan dipakai oleh segenap umur. Arus fesyen masa kini menyaksikan persalinan oriental ini sudah dibawa ketahap lebih tinggi dengan sentuhan lebih eksklusif bahkan ianya tidak hanya dipakai oleh kaun Cina dan tidak tertahkluk untuk waktu perayaan sahaja.
Menyedari busana ini mempunyai potensi yang cukup tinggi, Innaired melancarkan koleksi debutnya dengan mengilhamkan Cheongsam sebagai ideanya sekali gus menjadikan ianya mewah dan istimewa.
Percampuran gaya barat dan utara dengan potongan dramatik disudahi dengan corak segar boleh dilihat dalam koleksi ini. Label fesyen yang dimonopoli dua wanita berjaya ini turut mengenegahkan elemen ikoniknya iaitu perincian kemas dan moden pada setiap busana yang dipertaruhkan.
Bagi anda yang ingin tampil sedondon bersama keluarga ataupun pasangan, Innaired membawakan dua kategori tona berbeza iaitu warna garang dan lembut untuk memudahkan pelanggan memilih warna sesuai untuk seisi keluarga. Koleksi ini boleh didapati dengan warna seperti merah, biru, hijau turqoise, kuning jagung dan warna coklat cair.
Bagi memastikan elemen asal dapat dikekalkan setiap persalinannya lengkap dengan butang Cina dan leher baju Cheongsam. Innaired untuk Tahun Baru Cina 2018 bermula dengan harga serendah RM2,600 hingga RM3,600. Bagi memastikan ianya antara koleksi istimewa, Koleksi LADY JADE ini mempunyai stok terhad dan hanya mempunyai lima pasang untuk setiap satu busana. Pre- order sudah dibuka sejak 8 Januari sehingga 17 Januari.
The post Innaired Taruh Lady Jade Sempena Tahun Baru Cina appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment