Hidangan Mudah Berkhasiat – Roti John

Resipi oleh Ayam Brand yang mesti anda cuba sediakan di rumah!

Roti John

Saiz hidangan: 4
Tempoh penyediaan: 20 minit

Bahan-bahan:

425g Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand
2 bawang merah, dicencang halus
3 cili merah, dihiris
2 baguette atau mana-mana roti keras, dipotong empat
5 telur, dipukul
Garam dan lada sulah, secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
1 timun, dihiris
Sos tomato dan sos cili
Mayones

Cara Membuatnya:

  1. Toskan sardin dan lenyek.
  2. Tambah bawang yang telah dicencang, hirisan cili merah dan telur yang telah dipukul. Masukkan juga garam dan lada sulah.
  3. Bakar roti di atas kuali tidak melekat sehingga garing dan keperangan. Ketepikan.
  4. Tambah minyak ke dalam kuali dan goreng campuran sardin. Ketika campuran masih berair, tekan sekeping roti perlahan-lahan sehingga campuran melekat pada roti.
  5. Selepas satu minit, terbalikkan roti. Ulangi dengan semua roti hingga habis.
  6. Hidangkan dengan timun, mayones, sos cili dan sos tomato mengikut cita rasa anda.

The post Hidangan Mudah Berkhasiat – Roti John appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment