Bangkitkan Ilusi Luas di Ruang Minimum

Dapatkan imej ruang tamu elegan dengan pendekatan minimum. Biar ruang tampak luas dengan susunan kelengkapan yang lebih teratur.

Nostaloft sentiasa berpegang kepada prinsip memaksimumkan ruang dengan pendekatan tata rias yang minimum. Di bawah adalah beberapa tip bagaimana untuk mendekorasi ruang sempit dengan cara bijak dan kreatif yang akhirnya membuahkan ruang tamu moden dan mempunyai gaya tersendiri.

  1. Tempatkan hiasan utama di tengah ruang, daripada meletakkannya di sudut kebiasaan iaitu berdekatan dinding. Berikan ruang untuk bernafas supaya dapat menyerlahkan gambaran ruang yang lebih besar.
  2. Warna memainkan peranan utama. Tiada masalah untuk menggunakan rona gelap yang mudah dipadankan dengan susun atur, namun anda harus ingat bahawa pemilihan tersebut bakal membuatkan ruang tampak kecil dan sempit. Jadi, adalah terbaik untuk anda memilih warna yang terang dan lembut seperti putih, krim, kelabu dan biru lembut.
  3. Pilih perabot dengan ciri melengkung. Disebabkan kebanyakan ruang kediaman memiliki bentuk kotak, selitkan sofa dengan binaan melengkung, meja bulat dan permaidani bulat untuk menambah kesan menarik pada keseluruhan dekorasi.
  4. Elakkan perabot besar. Unsur ruang kemas dan bergaya boleh direalisasikan dengan memilih kelengkapan yang memiliki ciri bahagian kaki kurus dan bawah terbuka.

Tip oleh Ngu Leong Cheng, Pereka Dalaman Nostaloft

The post Bangkitkan Ilusi Luas di Ruang Minimum appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment