Ayah Emma Maembong Melawat Rumah Usang Di Tengah Kawasan Pembangunan, Ini Perkara Ditemuinya

Beberapa hari lepas ayah kepada pelakon popular Emma Maembong, Ismail Embong telah berkongsi kisah lawatannya ke sebuah rumah usang, lama dan paling menarik sekali rumah itu hanya satu sahaja bertapak di tengah kawasan yang pesat membangun.

Ismail Embong ingin tahu siapa tuan rumah kepada rumah itu, beri salam beberapa kali tidak menyahut. Akhirnya ini yang Ismail temui.

Jumpa rumah berdiri megah di tengah pembangunan

Dulu ada sebuah kampung Melayu disini. Padat, pesat, aktif di Kg Tanjong, Terengganu.

Ayoh beri salam beberapa kali tidak dijawab. Pulang ke kereta. Dekat mesin kuning tu tapak rumah agam nenda ayoh Dato Perba Wangsa.

Rasa berat nak tinggal tmpt ni, terkilan jika tak jumpa tuan umah. Posing ala 70an dulu.

Ayoh degil, lepas 15 minit beri salam lagi. Keluar seorang muda encem macam ayoh. Pakai kilt scotland. Ayoh dudok atas tangga dan perkenalkan diri – Ismail Embong /Maembong.

Sebut Maembong dia tersentak. Rupanya dia adalah rakan ayoh di Bukit Besi dan Kg Ladang Tok Pelam.

Barulah dia mulakan citer. Hidupnya bagai dipulau ditengah lautan dia hadapi tabah. Dia tak mahu mengalah kpd ‘pembangunan’, tidak mahu lihat rumah bersejarah keluarganya dibina sejak 1941 itu ‘dibaham’ demi mengkayakan org lain, walaupun semua penduduk lain sekelilingnya kabur dengan wang dan rela dileburkan warisan temurun.

Menong nasib bangsa dibumi sendiri. Seingat kita Tanjong tmpt kita sama2 bermain, roti canai nasik dagang, tor nusuk, dekad 60an. Hanya 50 tahun dahulu, kampung 100% Melayu. Sekarang lebur segala, wang pampasan bagai wang pampers, kejap pakai terus buang/hilang, wang itu tidak bertahan lama, jadikan penerimanya malas, pastu Melayu itu jd pengemis dibumi sendiri kerana kampung sudah terjual maruah pun tergadai.

Lepas 30minit ayoh mohon pulang. Janji jumpa lagi. Scotsman itu hantar ayoh ke kereta. 50tahun dulu tempat ini kemegahan nenek moyang, hari ini dijual, keringat leluhur diselit bawah timbunan ringgit untuk bermewah sementara, pastu mengemis. Apa akan jadi pada anak cucu 50tahun lagi? Masih adakah Melayu?

Sumber: Facebook Maembong Ayoh

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment