10 Cara Mudah Turunkan Berat Badan Bagi Anda Yang Tidak Suka Bersenam

Kebanyakan wanita inginkan bentuk badan yang langsing dan cantik tetapi tidak tahan dengan rutin diet yang ekstrem dan jika kembali ke diet yang asal, bentuk badan pasti akan naik kembali. Tambah lagi dengan rutian harian yang begitu sibuk membuatkan anda tiada masa untuk bersenam. Jangan risau, Jelita kongsikan 10 cara mudah untuk turunkan berat badan bagi anda yang tidak suka bersenam atau yang tidak punya waktu untuk melakukannya. Jangan Lupa Untuk Minum Air

Air adalah elemen penting dalam kehidupan dan pastinya anda akan minum air pada masa tertentu. Pastinya anda tidak menyangka bahawa air memberikan manfaat kepada sistem metabolisme jika anda minum air pada waktu yang sesuai. Adalah lebih baik anda minum  satu hingga dua gelas air 30 minit sebelum makan. Dengan cara ini, proses metabolik anda akan memulakan proses yang baru dan perut anda akan separuh penuh, membantu anda untuk kurang makan. Rejim penghidratan ini juga akan mengurangkan keinginan anda untuk makan makanan manis dan sekaligus membantu mengurangkan pengambilan gula dalam badan.

The post 10 Cara Mudah Turunkan Berat Badan Bagi Anda Yang Tidak Suka Bersenam appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment