Très Lala mula dicipta pada tahun 2016 apabila pengasas, Aliaa Sharif mula tertarik dengan peningkatan global dalam K-Beauty. Menyedari wanita kini tertarik dengan produk kecantikan Korea yang mudah digunakan namun efektif dalam memberikan kulit yang sihat dan menawan, Aliaa telah pergi ke Seoul untuk menunaikan impian wanita Malaysia. Di sana, dia telah menemukan gabungan antara bahan semula jadi dan kemajuan tekologi Korea yang sesuai dengan kulit wanita Asia. Aliaa mula menghasilkan jenama penjagaan kulit yang menggabungkan bahan semula jadi dan teknologi dari negera Korea.
Fasa penyelidikan dan pembangunan produk ini telah melalui proses yang teliti dengan kerjasama pelbagai pihak di Seoul untuk memastikan penghasilan produk terbaik untuk semua jenis kulit. Très Lala menggunakan taraf pengeluaran tertinggi dan bahan semula jadi yang membantu untuk menghidrat, menyuburkan dan menyelesaikan masalah kulit dengan penggunaan yang mudah. Produk ini direka untuk saling melengkapi apabila digunakan bersama dalam memberikan nutrisi dan perlindungan yang lengkap untuk kulit.
Produk Très Lala diperbuat daripada bahan semula jadi dan bebas daripada bahan kimia dan paraben. Ia terdiri daripada enam produk dengan penambahan baru di masa akan datang. Anda boleh mendapatkan rangkaian produk ini di laman web rasmi Très Lala atau di gedng serbaneka atas talian seperti MySmink, Lazada, HiShop dan Modefair Total Cleansing Oil
Pencuci wajah ini berkhasiat unutk mencerahkan dan melembutkan semua jenis kulit. Menggabungkan bahan pelembap minyak botani untuk rawatan yang unik dan berkhasiat dan berkesan untuk mengeluarkan kotoran dan solekan tanpa sebarangan kerengsaan kulit. Selain itu, ia juga membantu untuk memulihkan kelembutan kulit untuk kemasan yang bersih dan kemas, Bahan utama termasuklah minyak botani seperti Sunflower Seed Oil, Minyak Benik Camellia Japonica dan Minyak Benih Jojoba.
The post Très Lala Gabungkan Teknologi Korea Dan Bahan Semula Jadi appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment