Simboliknya Perjalanan Hidup bersama The Butterfly Duck

Dalam pelancaran terbaru, kumpulan Duck memperkenalkan rangkaian The Butterfly Duck – simbolik kepada perjalanan dan tangga pencapaian hidup, sebagai melabuhkan tirai 2017 ini.

jelita duck butterfly

Sedia maklum juga, pengasasnya, Vivy Yusof menganjak usia ke 30 tahun pada 11 Disember ini, lantas jalan penceritaan yang cukup serasi dengan setiap pelancaran produk terbaru Duck dirasai begitu dekat dengan kisah hidup wanita ini.

Simboliknya jalan penceritaan di sebalik The Butterfly Duck ini, ianya berkisar mengenai perjalanan membesar yang ramai lakukan setiap hari, biarpun tanpa disedari.

“Bagi saya, membesar sentiasa mengenai memecah sempadan, menerok perkara baru, berdepan cabaran dan mempelajari cara berdikarai. Namun, daripada sudut pandangan Ibu, dia melihat anak perempuannya membesar daripada si gadis dengan rambut ekor kudanya hinggalah meningkat remaja dan kini seorang dewasa – mampu mengikat tali kasut sendiri, memilih busana sendiri, menyusun baju dalam beg sendiri, membina kerjaya sendiri, hidup dengan caranya sendiri. Seperti disebut Ibu, setiap hari, dia perlu ‘melepaskan’ anak-anaknya sedikit demi sedikit,” kata D, suara pada kumpulan Duck yang rupanya tidak pernah didedahkan.

Vivy pula menambah, D mahu mencipta koleksi yang meraikan perjalanan membesar, hidup berdikari dan hubungan antara ibu bapa dan anaknya. “Oleh kerana saya sendiri ibu dua anak, saya faham perasaan melihat anak membesar. Mereka membesar terlalu cepat!

“Koleksi ini ekstra istimewa kerana pertama kali jalan ceritanya dikongsikan oleh suara yang bukan D, tetapi Ibunya. Melihatkan kisah di sebalik koleksi ini daripada perspektif seorang ibu sesungguhnya berbeza dan mencelik mata,” katanya.

Sejak hujung minggu lalu, Instagram The Duck Group meriah dengan usikan dan pendedahan rangkaian terbaru ini yang hadir dalam bentuk selendang fabrik sutera satin selain beg tangan dan buku nota. Dua warna diperkenalkan iaitu Hijau dan Kuning yang laris dijual dalam masa dua jam di laman beli-belah FashionValet.

Dilancarkan pada 3 Disember 2017, koleksi The Butterfly Duck edisi terhad ini merangkumi selendang, beg tote juga buku nota kulit tebal. Setiapnya hadir dalam empat warna: Biru, Nude, Kuning dan Hijau dan masing-masing dijual pada harga RM300, RM400 dan RM40 di kedai Duck, FashionValet Bangsar Village II juga dalam talian di fashionvalet.com.

 

The post Simboliknya Perjalanan Hidup bersama The Butterfly Duck appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment