Rahsia Rambut Menawan ala Selebriti Hollywood

Hask, koleksi produk penjagaan rambut yang dibuat di Amerika Syarikat menggunakan minyak eksotik dan bahan unik dari seluruh dunia telah membuat penampilan sulungnya di Malaysia baru-baru ini.

Adakah anda tertanya-tanya mengapa sesetengah produk rambut tidak berfungsi atau tidak memberi anda kesan segera yang dijanjikan? Nah, ini mungkin kerana sesetengah produk rambut mengandungi bahan kimia atau bahan yang sebenarnya boleh memudaratkan kulit kepala atau rambut, atau mungkin disebabkan rambut anda memerlukan detoks secara berkala, terutamanya jika rambut anda terlalu kerap digayakan. Sama ada anda bergantung kepada syampu kering untuk mengekalkan sembulan mingguan anda atau penggunaan penyembur dan gel yang kerap, penggunaan produk berlebihan boleh menjadikan rambut terbeban dengan penggayaan yang berlebih dan boleh menyebabkan gaya rambut sukar diubah.

Hask, koleksi produk penjagaan rambut yang dibuat di Amerika Syarikat yang menampilkan minyak eksotik dan bahan-bahan unik lainnya dari seluruh dunia menawarkan Hask Purifying Charcoal Collection yang lengkap dengan ciri syampu, perapi, dan perapi dalam yang dirumuskan untuk memberikan kebersihan yang mendalam dan menjadikan rambut anda lebih bermaya. Anda mungkin tertanya-tanya, mengapa arang? Arang yang baik mempunyai ramuan utama yang berasal dari kelapa di Filipina, ia bertindak sebagai magnet, menarik dan menghilangkan kotoran – seperti kesan produk terkumpul. Untuk rangsangan tambahan, aroma penulenan Hask digabungkan dengan vitamin C kaya lemon dan minyak lemau gedang, menyegar dan membersihkan rambut tanpa menghilangkan sebarang kelembapan.

Baru saja diperkenalkan untuk pertama kali di Malaysia, Hask menjadi jenama yang tidak asing di Hollywood, di mana Hask telah banyak digunakan di set penggambaran filem dan televisyen daripada jenama penjagaan rambut yang lain! Satu lagi kelebihan ialah syampu, perapi dan minyak sinar Hask juga bebas daripada sulfat, paraben, pengeringan alkohol, phthalates dan gluten.

Selepas rambut anda didetoksifikasi, anda boleh mencuba pelbagai jenis rangkaian penjagaan rambut Hask yang memenuhi keperluan semua jenis rambut dan wanita dari semua lapisan masyarakat! Dapatkan rambut Hollywood cantik yang selalu anda inginkan! Kini terdapat di kedai Watsons yang terpilih, pelbagai jenis produk penjagaan rambut Hask yang terdapat di Watsons termasuk syampu rawatan minyak argan, perapi, rawatan minyak panas dan topeng rambut, yang menguatkan dan mengembalikan rambut kering dan rosak. Minyak Argan telah disebut sebagai ‘minyak ajaib’, sebuah rahsia kecantikan abadi berasal dari Maghribi.

  • Sekiranya rambut anda kurang bermaya, anda boleh cuba syampu Chia See Oil dan perapi yang membantu rambut kembali bersinar dan mengekalkan kelembapannya.
  • Perlindungan warna Kalahari Melon Oil pula mengekalkan kecerahan warna rambut.
  • Syampu Superfruit, perapi dan perapi yang mendalam untuk rambut bersinar dan mengembalikan ketahanan rambut.
  • Syampu Minyak Kelapa Monoi yang menyihatkan dan perapi untuk menyuburkan semula rambut.
  • Kelembutan syampu Keratin Protein Oil, perapi, perapi dalam dan minyak sinar melembutkan dan memperbaharui rambut yang lemah serta rosak.

The post Rahsia Rambut Menawan ala Selebriti Hollywood appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment