Neelofa Berbesar Hati Menerima Pelantikan Sebagai Pengarah Bukan Eksekutif AirAsia

Syarikst penerbangan, AirAsia Berhad (AirAsia) mengumumkan pelantikan pelakon dan usahawan terkemuka tanah air, Neelofa menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia pada 8 Disember yang lalu bersamaan hari Jumaat. Pelantikan itu telah berkuatkuasa serta-merta.
 

 
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, pelantikan Neelofa ke dalam ahli lembaga pengarah itu adalah perkara yang menggembirakan  kerana kelebihan Neelofa sebagai usahawan, pencipta jenama dan pencetus industri bakal memberikan kelebihan kepada AirAsia.
 

“Neelofa adalah ikon yang bijak, muda dan berdikari serta reputasinya sebagai ahli perniagaan yang terkemuka di Malaysia yang turut dinamakan oleh Forbes di bawah 30, mempunyai rekod yang tersendiri dalam memperjuangkan wanita dalam perniagaan adalah inspirasi kepada kami dan ia adalah aset penting yang diperlukan oleh syarikat untuk menjadikan AirAsia sebagai syarikat penerbangan terbaik, dipercayai dan dihormati di seluruh dunia,” Tan Sri Tony Fernandes- Harian Metro

 
Bagi Neelofa pula, pelantikan ini adalah satu cabaran baginya dan dia berbesar hati untuk menerima cabaran dan menyertai keluarga AirAsia dan berterima kasih kepada ahli lembaga pengarah syarikat penerbangan tersebut kerana telah melantiknya sebagai sebahagian daripada syarikat penerbangan tambang murah terbaik di dunia itu.
 
Tambahnya lagi, pencapaian yang dicapainya kini bukanlah untuk dirinya sendiri tetapi ia adalah buat semua wanita. Dia juga turut menyatakan rasa terujanya untuk menjalanjan tugas baru ini dan berharap dapat menjadi lebih baik pada masa akan datang.
 
Nama Neelofa tidak asing lagi dalam dunia perniagaan kerana dia mempunyai empayar perniagaan dengan jenama Naelofa Hijab dan mempunyai rekod jualan sebanyak RM200juta pada tahun ini. Malah, jenama hijabnya itu turut berada di 37 pasaran dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Arab Saudi dan Brunei.

The post Neelofa Berbesar Hati Menerima Pelantikan Sebagai Pengarah Bukan Eksekutif AirAsia appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment