Lengkap Dengan Pakej Rawatan Spa, Outlet Terbaru Tanamera Di The Starling Jadi Tarikan

Tanamera telah mengumumkan pembukaan gedung utama jenama itu di salah satu pusat membeli-belah yang terletak di Damansara Uptown, The Starling Mall.
 

 
Memulakan operasi pada bulan September, gedung terbaru ini adalah penambahan terbaru pada senarai gedung Tanamera di seluruh negara. Ini adalah satu lagi kejayaan bagi syarikat yang ingin berkongsi produk buatan Malaysia yang asli dengan seluruh rakyat Malaysia.
 
Diasaskan dengan komitmen untuk menawarkan produk yang semula jadi dan mesra alam, Tanamera telah berkembang pesat dalam pasaran produk semula jadi sejak tahun 2000. Semua barangan yang dikeluarkan oleh Tanamera dibuat daripada tumbuhan semula jadi dengan bahan mentah yang diperolehi daripada tanah yang kaya dengan khasiat di hutan hujan tropika. Produk Tanamera tidak mengandungi sebarang bahan kimia, pewarna palsu, paraben atau bahan pengawet dan ia memberikan segala kebaikan pada anda dan tubuh anda.
 
Produk Tanamera juga boleh didapati di pengedar antarabangsa dan peruncit seperti; Jepun, Vietnam, Taiwan Hong Kong, China, Singapura, Brunei, Denmark, Jerman, Maldives, Kuwait, Oman, Amerika Syarikat, Rusia, Iran, Ukraine, Kanada dan Kazakhstan.
 

 
Anda boleh memanjakan diri dengan pakej spa yang disediakan oleh Tanamera sebaik sahaja anda habis membeli-belah di The Starling Mall. Ada enam pakej yang disediakan untuk menepati semua keperluan anda.
 
1. Tanamera Massageworks

Pakej ini menyediakan teknik urutan yang berbeza untuk membantu memulihkan dan mengimbangi badan anda dan turut memberikan anda rehat yang secukupnya setelah penat seharian berjalan di pusat membeli-belah. Terdapat empat pilihan yang disediakan; Urutan Holistik, Urutan Tradisional Melayu, Urutan Aroma Terapi dan Urutan Leher dan Bahu.
 
2. Tanamera Faceworks

Dengan hanya menggunakan bahan semula jadi, pakej urutan wajah ini membantu kulit anda untuk sentiasa kekal hidrat dan lembut. Ada tiga urutan yang boleh dipilih; Urutan Wajah Tradisional yang merangkumi pembersihan, menggosok, mengurut, mampatan wajah dan topeng wajah; Urutan Wajah Aroma Terapi yang merangkumi pembersihan, menggosok, urutan aroma terapi pada wajah dan topeng wajah dan akhir sekali Urutan Wajah Tanamera untuk pembersihan yang mudah, urutan wajah dan topeng wajah.
 
3. Tanamera Footworks

Rawat kaki yang letih berjalan dengan sesi spa restoratif untuk kaki anda. Pakej urutan ini turut merangkumi cuci kaki, urutan menggunakan kompres herba dan anda juga boleh memilih jenis urutan yang diinginkan atau anda boleh memilih jenis urutan yang mudah untuk kaki anda.
 
4. Tanamera Bodyworks

Satu siri rawatan badan untuk membantu menyelesaikan masalah kesihatan badan anda atau membantu anda memecahkan lemak dan juga detoks, jika anda perlukannya. Pilihan urutan termasuk skrub badan, kompres herba dan bertangas.
 
5. Tanamera Prenatal Massage

Direka khas untuk bakal ibu. Pakej urutan ini membantu para ibu untuk mengurangkan ketidakselesaan otos, mengurangkan tekanan dan menggalakkan kesihatan secara menyeluruh.
 
6. Tanamera Postnatal Ritual

Ibu baru boleh mendapatkan manfaat daripada penjagaan pakar Tanamera yang menggunakan teknik yang diperolehi daripada Ayurveda, perubatan Cina tradisionla dan tradisi herba Melayu untuk membantu mereka menjalani kehidupan selepas bersalin. Pakej ini boleh dilakukan dalam tempoh tiga, lima, 10 atau 14 hari untuk sekurang-kurangnya dua setengah jam untuk setiap sesi. Pakej ini termasuk set berpantang Tanamera yang terkenal termasuk urutan selepas bersalin, mandian herba, bertungku dan bengkung.
 
Kesemua item kegemaran Tanamera anda boleh didapati di kedai baru yang terletak di unit F1-111 di The Starling Mall.

The post Lengkap Dengan Pakej Rawatan Spa, Outlet Terbaru Tanamera Di The Starling Jadi Tarikan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment