LC Waikiki, sebuah jenama peneraju fesyen runcit dunia kini di Malaysia! Rantaian runcit ini mengkhususkan pakaian dan aksesori berkualiti bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak untuk semua peringkat umur. Samada gaya formal, kasual mahupun pakaian sukan, LC Waikiki memenuhi kehendak setiap pelanggannya dengan variasi pakaian dengan tawaran harga mampu milik dengan koleksi terkini yang boleh buat anda rambang mata.
Dengan memiliki pasaran China dan Indonesia, Malaysia adalah negara Asia Timur ketiga yang diterokai oleh LC Waikiki. Pembukaan jenama ini sekali gus membuka peluang baru untuk jenama ini meluaskan perniagaan ke negara lain di rantau Asia Pasifik.
Bermula dengan kedai pertama di pusat beli belah, 1 Utama, LC Waikiki merancang untuk mengendalikan empat lagi kedainya di Malaysia menjelang separuh pertama 2018. Bagi syarikat yang berpengkalan di Turki ini, pemakaian menarik tidak bermakna ianya perlu mahal. Inilah yang membezakan jenama ini berbanding jenama antarabangsa yang lain.
Walaupun secara umumnya tidak dikenali di Malaysia, jenama ini memiliki pengikut besar di pelosok dunia dengan lebih 820 kedai di lebih 38 negara. Ini menjadikan ia bukanlah calang-calang label fesyen antarabangsa yang berjaya seiring jenama lain.Untuk anda yang berada sekitar Damansara, Petaling Jaya Untuk maklumat lanjut mengenai pelancaran ini, sila lawat laman web LC Waikiki: www.lcwaikiki.com
Sekilas fakta mengenai jenama ini:
- Ditubuhkan pada 1988 di Turki
- Motonya adalah “Setiap orang layak untuk berpakaian menarik”
- Mempunyai 820 kedai dengan 40000 kakitangan di 38 negara.
- Menyasarkan 1500 kedai di seluruh dunia menjelang akhir 2023
The post Jenama Fesyen Turki Kini di Malaysia appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment