Incubus Bakal Gegarkan Kuala Lumpur!

Ikon Rock Alternatif, Incubus, dijangka mengadakan persembahan secara langsung untuk satu malam pada 13 Februari 2018, 8 malam di Kuala Lumpur.

Dianjurkan oleh IME Malaysia dan InTour Live, persembahan Incubus Live in Kuala Lumpur 2018 akan dibawakan oleh TuneTalk dan disokong oleh Rockaway. Malaysia menjadi hentian kedua band berkenaan dalam siri Jelajah Asia mereka.

Tiket telah mula dijual pada 1 Disember pada pukul 10 pagi di http://ift.tt/1bNLODv dan di rangkaian berikut:

• Speedy Video, Rock Corner
• Chambers Music
• Pejabat TicketCharge (KL)
• PJ Live Arts
• Pusat beli-belah The Mines (kaunter pertanyaan)
• 1 Shamelin
• Eden Ultimate (Kuantan)
• Blonde Brunette (Pulau Pinang)
• Pejabat TicketCharge (Pulau Pinang)

Band terkemuka yang merangkul anugerah platinum itu meraih tumpuan antarabangsa berikutan penghasilan album ketiga mereka pada 1999, Make Yourself, yang mengeluarkan beberapa lagu hit termasuk yang menjuarai carta, Drive. Dengan mengeluarkan lapan album studio dengan lebih 13 juta salinan terjual di seluruh dunia, band berkenaan dikenali dengan lagu-lagu rock seperti Wish You Were Here, Megalomaniac, Anna Molly, Drive, Pardon Me, Are You In? dan Nice To Know You.

Kali terakhir kumpulan rock kuintet yang memaparkan vokalis, Brandon Boyd; pemain gitar utama, Mike Einziger; pemain dram, Jose Pasillas; pemain bass, Ben Kenney dan DJ Chris Kilmore ini beraksi di Malaysia ialah pada 2011. Menghiburkan lebih jutaan peminat di seluruh dunia, Incubus pernah membuat persembahan dengan band rock alternatif terkemuka dunia termasuk Foo Fighters, Pearl Jam, Flaming Lips dan Deftones.

Pada Februari 2018, band berkenaan dijangka memainkan lagu daripada album ke-lapan mereka, 8, yang telah membuat penampilan sulung di tangga ke-4 carta album Billboard 200. Dihasilkan semula oleh Skrillex, album yang dikeluarkan pada April 2017 itu adalah terbitan penuh pertama sejak tahun 2011 – If Not Now, When?.

Tiket bagi persembahan Incubus Live in Kuala Lumpur 2018 Malaysia bermula daripada RM238 (pembelian awal) dan RM268 (normal). Tiket boleh anda dapatkan menerusi http://ift.tt/1bNLODv. Kesemua pembelian termasuk 6% GST dan fi pemprosesan RM4.

The post Incubus Bakal Gegarkan Kuala Lumpur! appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment