‘Henti Popularkan Mereka Yang Persendakan Agama’ – Kakak Aliff Syukri Seru Netizen Berhenti Viralkan Yang ‘Haram’

Dewasa ini, banyak sahaja kita melihat di media sosial perlakuan kaum lelaki menyerupai perempuan untuk tujuan membuat video parodi. Tidak dinafikan, video-video seumpama ini berjaya dalam membuatkan ramai yang terhibur dengan aksi dan gelagat-gelagat ‘kewanitaan’ yang dipertontonkan. Namun, apa yang gagal untuk kita sedari adalah tindakan kita itu seolah ‘menghalalkan’ apa yang sepatutnya dielakkan.

Jika sebelum ini Da’i Wan pernah memberi pencerahan tentang hukum memakai pakaian perempuan dengan sengaja, terbaru, adik kepada pengasas produk DHerbs, Datuk Aliff Syukri iaitu Noor Hayati Kamarzaman dilihat membuka mulut terhadap isu berkenaan. Menerusi kemas kini status di akaun Instagram, beliau menyeru warga netizen berhenti ‘mempopularkan’ mereka yang secara terbuka mempersendakan agama. 

Berhenti ‘menghalalkan’

Susulan muat naik itu, rata-rata yang menghujani ruangan komen entri tersebut bersetuju dengan pendirian Hayati. Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen yang tidak terlepas dari membangkitkan isu adiknya, Aliff Syukri yang memilih untuk merakamkan lagu duet bersama Nur Sajat sebagai strategi pemasaran.

Bagi yang tidak tahu, Nur Sajat adalah antara personaliti Malaysia yang mana jantina sebenarnya masih lagi menjadi persoalan ramai sehingga kini.

Dengan berani, Hayati yang merupakan Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi membalas komen dengan menyatakan dia sendiri tidak bersetuju dengan cara adiknya itu.

‘Yang salah tetap salah’

 Tulisnya: “Yang salah tetap salah”;

“Keluar sama perut belum tentu sama sikap..”.

“Mudah-mudahan kita semua dipandu ke arah yang betul dan baik”, sambungnya.

‘Keluar sama perut, belum tentu sikap pun sama’

 

Instagram: Noor Hayati Kamarzaman

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment