Hadiah Harian Jelita Disember 2017 – 11 Disember 2017

MENANGI 5 SET  KOLEKSI ELIANTO MAKE UP  BERNILAI RM329.40 SETIAP SATU!

Elianto adalah jenama produk solekan dan penjagaan kulit dari Korea yang membekalkan produk berkualiti tinggi dengan penggunaan bahan yang selamat, serta dijual dengan harga yang berpatutan untuk pasaran tempatan Malaysia. Sempena hari natal yang bakal tiba, Elianto Make Up telah menperkenalkan koleksi terbarunya iaitu Elianto Rose Scented. Produk terbaru ini mampu menyerlahkan penampilan anda untuk lebih beraura klasik dan segar dengan percikan rona merah jambu, merah, koral dan plum. Koleksi ini merangkumi palet pembayang mata, palet pemerah pipi dan pewarna bibir, yang membantu melengkapkan lagi penampilan solekan untuk lebih sempurna dan cantik. Selain itu, rangkaian Whitening Stick Foundation juga antara produk yang telaris di Elianto Make Up. Ianya mengekalkan kecerahan kulit sambil memberikan kulit anda perlindungan yang mencukupi daripada sinaran sang suria yang merbahaya dengan mengandungi SPF50. Tambahan juga, ia membantu mengurangkan dan memperbaiki ketidaksempurnaan, garis halus serta titik cela di kulit wajah secara serta-merta. Kini anda boleh dapati kesemua produk Elianto ini dengan harga yang berpatutan di semua cawangan Elianto seluruh negara.

Cara Menyertai

  1. Klik peraduan yang ingin anda sertai dan lengkapkan borang pendaftaran. Proses ini perlu dilakukan sekali sahaja dan butiran anda akan disimpan untuk peraduan akan datang.
  2. Selepas mendaftar, masukkan kata nama serta kata kekunci dan jawab soalan mudah yang diberikan.
  3. Anda hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan bagi setiap peraduan (melainkan dinyatakan sebaliknya)

Tempoh Penyertaan : 11 Disember 2017 (12.00 pagi – 11.59 malam)

 


Click here if you have issue accessing the promo form above

The post Hadiah Harian Jelita Disember 2017 – 11 Disember 2017 appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment