Fazura Akui Alam Perkahwinan Beri Kebahagiaan Sebenar Pada Dirinya

Umum tahu yang mana pasangan paling popular sekarang ini, Fattah Amin dan Fazura sudah pun bernikah pada 27 November lalu. Fazura mengaku yang mana dia merasakan cukup bahagia pabila bergelar isteri.

 

Gambar : Instagram Fazura

 

Bagi aktres popilar ini, perkahwinan menghadiahkannya pengalaman baru dalam kehidupannya. Akuinya kepada BH Online, dia menyifatkan dirinya sebagai wanita paling bahagia kerana mengahwini lelaki seperti Fattah Amin.

 

“Saya wanita paling bahagia ketika ini kerana mengahwini lelaki seperti Fattah Amin. Memang dialah lelaki saya nantikan selama ini. Saya tahu, dia lelaki yang baik, rapat dengan keluarga dan menyayangi kanak-kanak. Memang agak kekok pada mulanya, tetapi selepas mula membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas termasuk memotong kukunya, baru saya dapatkan sesuaikan keadaan itu sepenuhnya,” katanya kepada BH Online.

 

Bahkan, Fazura menyatakan yang sejak berkahwin, mereka agak jarang berpisah walaupun seketika atas dasar kerja kerana mudah rindu antara satu sama lain.

 

Gambar : Instagram Fazura

 

Menyentuh soal cahaya mata, Fazura menyatakan yang mereka belum bersedia untuk ke arah membesarkan keluarga kerana masih terikat pada banyak komitmen kerja. Aktres ini turut menyatakan yang mana biarlah mereka menghabiskan masa bersama terlebih dahulu, namun mereka tidak menolak jika dikurniakan rezeki anak pada bila-bila masa.

 

Fazura memilih United Kingdom sebagai lokasi untuk berbulan madu serta beberapa negara lain.

 

Baru-baru ini, adik kepada Fattah turut baru selesai majlis pernikahan yang mana menjadikan keluarganya menyambut kemeriahan berganda hanya dalam masa dua minggu sahaja. Tahniah!

 

 

The post Fazura Akui Alam Perkahwinan Beri Kebahagiaan Sebenar Pada Dirinya appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment