EH! Januari 2018

 

EH! membuka edisi tahun baharu dengan menampilkan bintang baharu yang sedang hangat namanya, Hannah Delisha. Dia yang diangkat sebagai Artis Singapura Paling Popular di Anugerah Planet Muzik tahun lalu cukup dikenali menerusi drama rantaian Mencintaimu Mr Photographer. Bersama EH!, Hannah berkongsi misinya dalam dunia seni.

 

Memberi fokus kepada soal tubuh, edisi EH! bulan ini mengajak para pembaca untuk menghargai kurniaan setiap lekuku tubuh yang dikurniakan tuhan. Kami bariskan pelbagai tip dalam merawat dan membelai kulit tubuh dan bagaimana memastikannya kekal terbentuk dan seksi. Untuk penggemar solekan usah lupa baca tentang span solekan, mengapa kita patut melabur lebih wang untuk membeli span yang bagus. Halaman fesyen pula tampil bertenaga dengan ilham gaya sukan yang cukup trendy.

 

Untuk halaman kesihatan, baca pengalaman kami menyertai sesi senaman X-Tend Barre yang mana senaman ini menggabungkan gerak balet, yoga dan juga tarian. Mungkin ini salah satu rutin yang patut anda cuba untuk mendapatkan lekuk tubuh ideal.

 

 

 

 

The post EH! Januari 2018 appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment