Procter & Gamble hari ini secara rasmi melancarkan Gillette Venus jenama pencukur nombor satu untuk wanita dan turut memperkenalkan pencukur Gillette Venus ComfortGlide White Tea di Malaysia. Gillette Venus juga turut mengumumkan duta pertama jenamanya di Malaysia iaitu Farah Ann Abdul Hadi, pemenang pingat emas gimnastik artistik Sukan SEA.
Rangkaian produk Gillette Venus ini direka khas untuk kaum wanita bagi mencapai kulit yang licin dan tidak kasar. Gillette Venus ComfortGlide White Tea yang dilancarkan di acara tersebut direka dengan bar pelembab berserta body butter dan aroma tropikal yang menyegarkan, tanpa memerlukan krim pencukur.
Ia juga dilengkapi tiga bilah pisau yang memberikan sentuhan yang rapat serta cukuran yang selesa, walaupun pada kulit yang sensitif. Pemegangnya dicipta berdasarkan konsep ergonomik sekaligus menjadikannya sukar tergelincir dari pegangan semasa mandi.
Rangkaian produk Gillette Venus kini boleh didapati di peruncit-peruncit utama di Malaysia seperti Tesco, Giant, AEON, AEON Big, Watsons, Guardian dan sebagainya. Anda dapat memperoleh maklumat lanjut di peruncit-peruncit tersebut.
The post Capai Kulit Licin Dengan Gillette Venus appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment