Menurut laporan media Korea Selatan, Jonghyun telah dikejarkan ke hospital pada petang Isnin apabila dia ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya. Dia ditemui selepas adik perempuannya menghubungi pihak polis Seoul berikutan dari pesanan yang diterima dari penyanyi tersebut seperti mengucapkan “selamat tinggal.”
Pasukan perubatan tiba di tempat kejadian dan terus melakan CPR namun dia disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital. Pihak polis telah menyiasat kematian itu sebagai kes bunuh diri akibat arang yang ditemui di sebuah bilik di kediaman selebriti tersebut.
Surat Terakhir Jonghyun
Sehari selepas kematiannya, rakan baik kepada mendiang Jonghyun, Dear Cloud Nine9, telah mendedahkan surat terakhir yang dihantar oleh penyanyi itu sebelum dia menamatkan riwayatnya. Surat itu telah ditinggalkan dalam jagaannya dan dia diminta untuk mendedahkannya kepada umum jika dia (Jonghyun) meninggal dunia.
Berikut adalah surat terakhir yang ditulis oleh mendiang Jonghyun:
“Diri saya sudah hancur
Kemurungan kini perlahan-lahan menelan diri saya.
Saya tidak dapat mengatasinya.
Saya benci dengan diri saya. Saya berazam untuk berpegang kepada kenangan bersama keluarga dan rakan dan menjerit pada diri saya untuk kuatkan diri, tetapi ia masih tidak berkesan.
Sekiranya tiada cara untuk merawat diri, ia adalah lebih baik untuk berhenti.
Saya bertanya siapa yang boleh bertanggungjawab ke atas diri saya.
Hanya anda sahaja.
Saya sendirian sahaja.
Ia adalah mudah untuk mengatakan yang anda akan menamatkan sesuatu perkara.
Sukar untuk benar-benar menamatkannya.
Saya telah hidup dengan kesukaran ini sepanjang masa.
Anda menyuruh saya untuk melarikan diri.
Betu, saya mahu melarikan diri.
Dari diri saya.
Dari awak.
Anda bertanya siapa di sana. Saya menjawab ia adalah saya. Saya sebutkan sekali lagi, ia adalah saya dan sekali lagi saya menjawab, ia adalah saya.
Saya bertanya mengapa saya terus melupakan kenangan saya. Anda memberitahu kerana itu adalah keperibadian saya. Saya faham. Saya lihat ia sebagai kesalahan saya pada akhirnya.
Saya berharap ada yang melihat namun tiada siapa yang tahu. Anda tidak pernah bertemu dengan saya jadi sudah tentu anda tidak tahu saya berada di sana.
Anda bertanya kepada saya mengapa saya hidup. Hanya kerana… Semua orang hidup hanya kerana…
Jika anda bertanya mengapa orang mati, mereka mungkin akan mengatakan kerana mereka sudah penat.
Saya sedang menderita dan terseksa. Saya tidak pernah belajar bagaimana untuk menjadikan kesakitan ini sebagai kebahagiaan.
Kesakitan hanya kesakitan.
Saya cuba kuatkan diri untuk mengatasinya.
Mengapa? Kenapa saya menghalang diri saya untuk menamatkan semuanya?
Saya diberitahu untuk mencari sebab mengapa ia begitu menyakitkan.
Saya tahu semuanya. Saya sakit kerana salah diri saya sendiri, kerana saya dilahirkan dengan cara ini.
Doktor, adakah ini yang anda ingin dengar?
Tidak, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Apabila anda memberitahu saya dengan suara yang tenang, kerana itu adalah keperibadian saya, saya berfikir betapa mudahnya menjadi seorang doktor.
Ia agak menarik kerana ia sakit seperti ini. Orang yang lebih susah dari saya nampak melaluinya dengan mudah. Orang yang lemah dari saya pula mengatasinya dengan baik. Tetapi itu tidak benar. Di antara orang di dunia ini, tiada siapa yang lebih susah dan lebih lemah daripada saya.
Tetapi saya masih cuba untuk terus hidup.
Saya bertanya kepada diri sendiri mengapa saya terpaksa melakukan ini beratus kali, dan ini semua bukan untuk saya tetapi untuk anda.
Saya mahu melakukan sesuatu untuk diri saya.
Tolong berhenti beritahu saya perkara yang anda sendiri tidak faham.
Anda memberitahu saya untuk tahu mengapa saya mengalami kesukaran. Saya telah memberitahu anda jawapannya beberapa kali. Adakah saya tidak dibenarkan untuk sedih hanya kerana alasan itu? Adakah ia perlu lebih spesifik dan dramatik? Adakah saya perlu mempunyai sebab yang lebih baik?
Saya sudah memberitahu anda. Adakah anda mendengarinya? Perkara yang boleh anda atasi tidak akan kekal sebagai parut.
Saya rasa saya tidak ditakdirkan untuk berdepan dengan dunia ini.
Saya rasa saya tidak layak untuk menjalani kehidupan di mata awam.
Itulah sebabnya ia sukar. Menghadapi dunia, berada di mata awam. Kenapa saya membuat keputusan itu? Ia mengarut.
Sudah cukup baik saya telah mengatasinya sejauh ini.
Apa lagi yang boleh saya katakan. Hanya beritahu saya, saya sudah lakukan yang terbaik.
Beritahu saya, saya sudah lakukan yang terbaik dan saya telah lalui banyak perkara.
Walaupun anda tidak boleh tersenyum semasa menghantar saya pergi, jangan katakan itu adalah salah saya.
Anda telah lakukan yang terbaik.
Anda telah lalui banyak perkara.
Selamat tinggal.”- Jonghyun
The post Bunuh Diri Akibat Tekanan, Ini Surat Terakhir SHINee Jonghyun appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment