Selepas kejayaannya menampilkan kerjasama duo dengan label fesyen antarabangsa, H&M, Balmain sekali lagi menawan hati peminatnya dengan keluaran gincu multi warna dengan hasil kerjasama jenama alat solek berpengkalan dari Paris, L’Oreal. Dibawakan khas melalui portal fesyen atas talian, Zalora, koleksi L’Oréal Paris x Balmain Paris Color Riche dilancarkan di sebuah kelab hiburan kota raya yang dihadiri oleh selebriti sosial media, media dan wakil-wakil Zalora serta Balmain.
Mempertaruhkan 12 rona seperti merah saga, hijau, warna tanah, ungu gelap dan banyak lagi dengan tiga koleksi berlainan iaitu Rock Collection, Couture dan Glamazone.
Menariknya sewaktu pelancaran seramai 12 selebriti media sosial dipanggil untuk mewakili setiap warna yang melambangkan kepelbagaian wanita dari setiap pelusuk dunia. Antara yang terlibat termasuklah Tuti Noor, Atikah Karim, Kaka Azraff, Tunku Elana Khyra, Alicia Amin, Marisa Soraya, Rubini Sambanthan, Qalisha Ray, Johanis Sani, Aina Syahirah, Cherrie Mun, and Evangeline Yan.
Gincunya mudah dioleskan pada bibir dengan pelembab tambahan yang mampu tahan lama sepanjang hari. Bukan itu sahaja teksturnya yang berkilat tidak memerlukan anda untuk menambah sebarang pengilat bibir diatasnya. Tidak kira sama ada anda seorang yang gemarkan solekan natural ataupun penampilan berani, setiap daripada anda boleh memilikinya memandangkan ia hadir dengan pilihan warna yang boleh buat anda rambang mata!
Setiap pewarna bibir L’Oréal Paris x Balmain Paris Color Riche ini berharga RM49.90 setiap satu manakala untuk tiga set koleksi yang hadir dengan empat rona berbeza berharga RM199.60.
Anda juga boleh memiliki set berserta kotak L’Oreal Paris X Balmain Vault yang mempunyai keseluruhan rona kesemuanya.
The post Balmain dan L’Oreal Pertaruh Gincu Ikonik appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment