[VIDEO] Cuba Memotong Di Garisan Berkembar, Ini Yang Berlaku Kepada Pacuan Empat Roda Ini

Kalau ye pun nak cepat, jangan sampai pertaruhkan nyawa orang lain. Sikap pemandu tidak berhemah pemandu kereta pacuan empat roda yang cuba memotong sebuah lori di garisan berkembar telah merempuh sebuah lagi kereta dari arah bertentangan.

Dilaporkan, tiada kematian berlaku namun kedua-dua kereta mengalami remukan yang teruk.

Potong garisan berkembar dan rempuh

Video berdurasi 1 minit 58 saat yang dimuat naik pengguna Facebook, Chin Kean Fatt itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen dengan hampir 2,000,000 tontonan dan 1,237 kongsian.

Rata-rata, netizen menyelar tindakan pemandu itu sebagai bodoh. Mana tidaknya, nyawa orang dipertaruhkan!

Berkecai habis

Menerusi laporan terkini, difahamkan pemandu terbabit telah dikenakan saman RM300.

Sumber: Chin Kean Fatt

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment