Benar, kala merias wajah tiada had sempadan ataupun peraturan khusus. Semuanya adalah mengenai ekspresi kreativiti dalam mencorak dan menghasilkan nuansa menarik.
Teknik solekan yang betul memainkan peranan bagi menyerlah atau melindungi sesuatu bahagian wajah itu. Sebagai contoh, jika bentuk wajah bulat dan lebar, anda harus mengaplikasikan teknik mengkontur agar bentuk wajah terlihat lebih runcing dan terletak.
Semua wanita berhak untuk tampil cantik dan mempesona dengan keistimewaan masing-masing. Ramai yang menginginkan kulit cerah, kerana dikatakan sesuai dengan semua mainan rona solekan. Itu tidak benar ya! Siapa kata wanita yang berkulit gelap tidak boleh menggayakan semua rona solekan. Jika bijak suai dan padan, si gadis hitam manis akan kelihatan lebih menyerlah dan anggun.
Terdapat tiga tona kulit yang utama, iaitu berkulit cerah, kuning langsat dan juga gelap. Setiap tona kulit ini mempunyai teknik solekan yang berbeza bagi menyerlahkan lagi solekan dan raut wajah seseorang.
Berikut ialah antara rona yang sesuai dilakarkan pada wajah mengikut tona kulit masing-masing.
Kulit Cerah
- Pembayang Mata: Sesuai dengan pelbagai rona. Jika inginkan kelainan, boleh mencuba rona yang terang seperti biru, hijau zamrud atau boleh memilih seleksi rona pastel.
- Lipstik: Rona merah cili, merah jambu dan rona tanah adalah yang paling ideal dan sesuai digayakan dengan apa jua padanan pembayang mata.
Kulit Kuning Langsat
- Pembayang Mata: Rona tanah seperti coklat cair, coklat gelap, rona emas, tembaga dan pic.
- Lipstik: Serlahkan bibir dengan rona koral, pic, merah bata, dan merah jambu lembut.
Kulit Hitam Manis/ Gelap
- Pembayang Mata: Pilihan seperti rona jingga lembut, coklat cair, dan kuning muda adalah yang sesuai buat anda yang ingin masih kelihatan selamat dan menyerlah.
- Lipstik: Jangan takut untuk mencuba! Anda sesuai menggayakan rona beri, merah gelap, plum dan coklat kemerahan.
The post Teknik Solekan Mengikut Warna Kulit appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment