Scotts Tawarkan Pengalaman Bermalam Bersama Jerung

Scotts’s, sebahagian daripada GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK) telah bekerjasama dengan Aquaria KLCC untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk menikmati pengalaman di bawah laut yang unik dalam usaha untuk memupuk sifat ingin tahu  dan mengalakkan mereka untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang lautan, hidupan laut dan usaha pemuliharaan lautan.
 

Penjelajah Little Bright Scott disertai oleh Alan Tan, Pengurus Jenama Scott, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd dan Daryl Foong, Ketua Jabatan Pemasaran dan Jualan aquariaKLCC berikutan program Sleep with Sharks di aquariaKLCC


 
Scott’s telah menganjurkan program ‘Scott’s Bright Little Explorers’ di Aquaria KLCC. Kanak-kanak berusia enam sehingga 12 tahun boleh mengambil bahagian dalam program bermalam di Aquaria KLCC yang dinamakan ‘Tidur Bersama Jerung.’ Acara bermalam itu membolehkan peserta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti pendidikan termasuk sesi memberi makan kepada jerung, memerang laut dan ikan piranha, bertemu penyelam Aquaria KLCC dan juga mengenali dunia bawah laut.
 

Penjelajah Bright Little Scott menikmati upacara pemberian hadiah semasa program Sleep with Sharks di aquaria KLCC


 
Menurut  Venaig Jegou, Pengarah Pemasaran Kawasan, Kesihatan Oral dan Nutrisi, Asia Tenggara, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare, program ini memberikan peluang keemasan untuk bermalam di Aquaria KLCC untuk menawarkan pengalaman unik untuk belajar tentang hidupan marin dan tingkah laku haiwan yang menakjubkan itu pada waktu malam kerana kanak-kanak berpeluang untuk bermalam di situ bersama hidupan marin yang lain.
 
Scott’s melancarkan program Bright Little Explorers tahun lepas sempena pelancaran Scott’s DHA Gummies. DHA atau Asid DokosaHeksaenoik ialah asid lemak Omega-3 yang memainkan peranan penting dalam perkembangan dan fungsi otak dan penglihatan yang sihat.

The post Scotts Tawarkan Pengalaman Bermalam Bersama Jerung appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment