SF Coffee menyediakan menu perayaan enak hingga hujung tahun ini di kesemua 38 buah outletnya di seluruh Semenanjung Malaysia.
Juadah bertemakan “In The Mood For Celebration” ini adalah menu perayaan SF Coffee yang menampilkan cita rasa yang sesuai dengan perayaan seperti butterscotch, ayam Belanda dan kranberi.
Barista di SF Coffee turut menyediakan aneka minuman istimewa iaitu Butterscotch Macchiato sebagai hidangan perayaan minuman Macchiato Latte yang dicampur dengan Butterscotch, lengkap dengan sos karamel penuh berkrim. Dengan harga bermula RM13 hingga RM16.50, minuman ini dihidangkan panas, sejuk serta dalam bentuk Frisco Frappé, eksklusif daripada SF Coffee.
Butterscotch Macchiato sesuai digandingkan dengan juadah Creamy Turkey Pasta baru yang menampilkan pasta penne, daging ayam Belanda, cendawan butang serta tomato ceri dalam sos krim, ditaburi cebisan ayam rangup, keju Parmesan dan daun parsli, bagi membawakan juadah perayaan yang lazat lagi menyelerakan.
Satu lagi hidangan perayaan yang sememangnya memikat rasa ialah Merry Turkey Focaccia dengan gulungan isi ayam Belanda serta keju cheddar, yang ditabur di atas lapisan salad dan tomato dengan sapuan sos kranberi. Kedua-dua pasta dan sandwic ini boleh dinikmati dengan harga RM18.90 setiap satu.
Bagi yang mencari hadiah istimewa untuk penggemar kopi, anda boleh memilih mana-mana biji kopi segar di dalam beg 100g bernilai RM12.75 secara percuma dengan setiap pembelian bekas minuman SF Coffee Graffiti, yang dijual pada harga RM75.90.
The post Sajian Enak Menggamit Memori Perayaan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment