Koleksi tudung terbaru Naelofar Hijab menyaksikan Helena yang diambil inspirasi daripada watak lakonan Neelofa dalam drama Red Velvet.
Enam rekaan terbaru untuk koleksi Helena telah dilancarkan baru-baru ini. Ia diinspirasikan daripada watak Neelofa dalam drama terbarunya, Red Velvet. Karakter Helena adalah seorang baker dan atas sebab itu koleksi Helena daripada Naelofar Hijab mengangkat tema pemanis mulut. Koleksi kali ini hadir dalam variasi tudung segera, selendang dan juga tudung segi empat yang terdiri daripada Sweet Helena, Sweet Helena – Swarovski, Fluffy Helena, Milky Helena, Creamy Helena dan Silky Helena. Setiap tudung daripada koleksi Helena cukup versatil dan sesuai dipadankan dengan apa jua busana harian anda.
Orang kuat di sebalik jenama Naelofar Hijab.
Silky Helena berbeza daripada yang lainnya yang diperbuat daripada kain chiffon, di mana tudung segi empat ini diperbuat daripada satin. Silky Helena yang juga rekaan edisi terhad ini datang dalam dua jenis iaitu kosong dan bersama Swarovski. Ia didatangkan dengan kotak eksklusif yang boleh dibeli di butik TTDI, butik Publika dan laman sesawang Naelofar Hijab.
Lima rekaan Helena yang lainnya boleh anda dapatkan daripada stokis sah Naelofar Hijab, butik Naelofar di TTDI dan Publika serta http://ift.tt/1qJN6pw. Harga yang ditawarkan adalah daripada RM69 sehingga RM101.
The post Naelofar Hijab Bawakan Koleksi Helena ‘Semanis’ Drama Red Velvet appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment