Manfaat Seks Dalam Perkahwinan

Keharmonian rumah tangga bergantung kepada tanggungjawab bersama pasangan, bukan anda seorang. Jadi si suami perlu membantu anda menguruskan rumah dan anak-anak bagi membolehkan kalian mengecapi nikmat hidup berumahtangga bersama. Ketahui beberapa kebaikan seks dalam perkahwinan.

Gambar : INGimage

Rasa Lebih Bahagia

Pelbagai kajian di seluruh dunia telah dijalankan dan mendapati bahawa melakukan seks dapat memberikan kebaikan kepada kesihatan dan emosi seseorang itu. Menurut Michele Weiner Davis dalam bukunya yang berjudul The Sex Starved Marriage: Boosting Your Marriage Libido, A Couple’s Guide, “Pada awalnya, ramai yang memahami tentang konsep yang saya sering guna pakai dalam hubungan seks iaitu lakukan saja,” katanya.

Ramai yang menyangka perkahwinan mereka bermasalah dan merasakan ada sesuatu yang belum lengkap. Namun mereka mula menyedari bahawa ianya adalah mengenai keinginan seks yang berbeza dengan pasangan. Dengan perkara ini berlegar-legar di fikiran anda, ia adalah berita baik menyedari bahawa seks bukan saja membuatkan anda rasa bahagia dan menambahkan kemesraan anda bersama pasangan, malah ia sebenarnya bagus untuk kesihatan anda. Kedua perkara ini ada kaitan sebenarnya. Keinginan seks anda akan lebih meningkat apabila tubuh sihat. Ini satu perkara baik!  Buat anda yang tiada masa untuk melakukan senaman, jadikan aktiviti ini sebagai sesi senaman dan kesannya pada kesihatan sangat menakjubkan.

Kukuhkan Hubungan

Menurut Helen fisher, PhD, profesor kajian dan ahli di Center for Human Evolutionary Studies dalam bahagian antropologi di Universiti Rutgers, “Melakukan seks membuatkan anda rasa gembira, ada sebabnya. Lebih-lebih lagi jika anda lakukan dengan suami atau isteri yang anda cintai. Ia memberikan pelbagai manfaat pada diri anda dan hubungan kalian seperti memperbaharui tenaga, sebagai sumber anti tekanan, membina otot dan lain-lain lagi.” Bila anda berdua bersama pasangan, ia bagaikan satu momen yang sangat penting. Setelah seharian sibuk dengan rutin masing-masing, hanya inilah masanya yang kalian dapat luangkan masa bersama. Tanpa gangguan anak dan sesiapa pun. Bagaikan dunia ini kalian berdua yang punya. Melakukan hubungan seks dapat menunjukkan rasa cinta dan sayang pada pasangan anda.

Bina Kepercayaan

Andrea M. Macari, PhD, ahli psikologi klinikal juga pakar dalam seks terapi di New York berpendapat bahawa melakukan seks dengan kerap dapat membantu meningkatkan keinginan seksual sesuatu pasangan itu. Ia dapat mengukuhkan lagi hubungan perkahwinan serta secara tidak langsung membina kepercayaan kepada pasangan anda. Ini kerana seks dapat membawa pasangan kepada keharmonian rumahtangga melalui sentuhan dan perbincangan.

The post Manfaat Seks Dalam Perkahwinan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment