Lebih 30 Tahun Jadi Pembantu Rumah, Ini Yang Majikan Lakukan Bila Wanita Ini Hidap Kanser

Baru-baru ini, kisah seorang wanita Sri Lanka yang telah menabur bakti kepada sebuah keluarga di Singapura selama 30 tahun telah menarik perhatian warga netizen. Selama perkhidmatannya, Mary Thavithurasa Rabinayaki, 58 berkongsi hubungan akrab dengan majikan dan keluarganya, seolah seperti keluarganya sendiri.

Keakraban itu dapat dilihat apabila majikannya yang sering berulang alik ke Singapura untuk tujuan perniagaan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Mary untuk menguruskan rumah dan anak-anaknya. Malah, salah seorang daripada 4 beradik itu turut melihat Mary seperti ‘kakak besar’. Sedihnya, keakraban itu tidak dapat diteruskan kerana…

Pergi meninggalkan semua

Mary yang mulai bekerja sebagai pembantu rumah di usia 27 tahun itu, malangnya telah ‘gugur’ dalam pertarungannya melawan kanser paru-paru pada minggu lepas.  Walaupun dia pulih pada awalnya, namun mengikut laporan Straits Times, kansernya itu kembali berulang pada awal tahun ini.

Apa yang membuatkan kisah ini lebih sebak adalah tindakan majikannya itu yang tidak putus  mencari solusi untuk memulihkannya sehingga sanggup membayar kos rawatannya yang tinggi. Sepanjang pertempurannya dengan penyakit itu juga, dilaporkan, majikannya telah bekerja dengan pekerja sosial hospital dan Assisi Hospice untuk memastikan Mary mendapat penjagaan yang terbaik.

Bukan sahaja majikan, malah rakan-rakan dan jiran sekampung turut terasa kesedihannya apabila mendapat tahu Mary menghidap kanser.

Disayangi ramai

Mereka akan membawanya makanan, ke sesi kemoterapi atau gereja tika dia terlalu sakit untuk menunaikan kewajipannya.

Dia seorang wanita yang sangat ramah – selalu yang pertama untuk menyapa,” kata Madam Theresa James, seorang suri rumah yang tinggal di kawasan kejiranan.

Disayangi ramai, pada pengebumiannya Jumaat lepas, jiran, rakan-rakan gereja dan kesemua keluarga majikannya telah menghadirkan diri bagi memberikan penghormatan terakhir kepada wanita itu. Malah, anaknya yang menetap di Australia turun terbang jauh semata untuk menyaksikan saat-saat terakhir insan yang telah membesarkannya.

Sumber: Straits Times, The Star

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment