Lebih 200 Ditahan Di “Penjara” Lima Bintang Ritz-Carlton Arab Saudi

Lebih 200 anggota elit Arab Saudi termasuk 11 putera, kini telah ditahan di penjara lima bintang atau sebelum ini dikenali sebagai hotel Ritz Carlton yang terletak di ibu negara, Riyadh.
 

 
Idea disebalik penjara lima bintang ini adalah, Putera Mahkota Mohammed Bin Salman yang ingin menghapuskan kegiatan rasuah dengan cara yang tidak pernah dilihat oleh Arab Saudi sebelum ini.
 
Dalam satu laporan oleh BBC, wartawan yang ditugaskan untuk meninjau hotel tersebut telah menggambarkan suasana di hotel mewah itu sebagai “sangat serius.”
 

 
Wartawan, Lyse Doucet dan jurukamera, Philip Goodwin adalah wartawan pertama yang dibenarkan masuk ke dalam hotel tersebut sejak arahan penahanan dikeluarkan. Mereka diiring masuk oleh pihak polis dan turut mempunyai peraturan ketat untuk tidak mendedahkan wajah atau memetik nama mereka yang ditahan di situ.
 
Sejak 4 November yang lalu, tiada siapa pun yang dibenarkan masuk ke hotel Ritz- Carlton tanpa kebenaran rasmi dan lebih daripada 200 golongan elit Arab Saudi yang dituduh menyalahgunakan kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram. Kerajaan Arab Saudi juga telah menugaskan ratusan pakar (peguam) untuk memproses kes ini tanpa henti.
 

 
Suasana hotel yang hampir kosong itu menimbulkan keadaan yang sunyi di tambah lagi dengan suasana muram ketika tahanan sedang berbincang bersama peguam mereka. Kebanyakan tahanan di situ menghabiskan masa mereka di dalam bilik bersama peguam mereka untuk menyelesaikan kes tersebut.
 
Penjara itu turut mempunyai kolam renang yang mewah, restoran dan gim yang boleh digunakan oleh tahanan di sana.
 

 
Empat peratus daripada tertuduh ingin membawa kes mereka ke mahkamah manakala 95% lagi bersedia untuk membuat perjanjian yang berkemungkinan besar akan melibatkan sejumlah wang yang banyak untuk ditukarkan dengan kebebasan.
 

 
Gambar: Google

The post Lebih 200 Ditahan Di “Penjara” Lima Bintang Ritz-Carlton Arab Saudi appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment