Kualiti Sentiasa Jadi Keutamaan Kami- Umma

Bergelar kakitangan pembangunan perniagaan (business development personnel) dan mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan perakaunan menjadi rencah asas dalam membangunkan labelnya, Umma.

Pengeluar pakaian muslimah tempatan, Umma bukanlah satu nama yang asing lagi dalam industri fesyen tanah air. Seiring dengan kerancakkan arus fesyen masa kini, Umma tidak terkecuali mengikut setiap rentak dan hala tuju fesyen bagi memastikan namanya tetap segar di hati peminatnya tidak kira dalam dan luar negara.

 

PENGHIJRAHAN YANG MEMBERI ERTI

Segalanya bermula apabila Zairin Zainul Azman, pemilik jenama ini baru berjinak-jinak memakai hijab.

“Pada mula penghijrahan saya, ada masa senang dan sukar sewaktu mengenakan hijab. Orang baru nak berhijab jadi mahu biasakan diri bukan mudah seperti yang disangka. Jika dahulu saya gemar memakai helaian bergaya dan trendi namun apabila perubahan penampilan berlaku, saya perlu menutup aurat dan tampak fesyen dalam masa yang sama,”kata wanita berusia 34 tahun ini.

Menyedari agak sukar mencari baju yang benar-benar selesa, dia terdetik untuk menghasilkan koleksi tudung dan pakaian muslimah sendiri dengan harapan agar semua wanita menghargai pemakaian hijab tanpa mengalami kesukaran sewaktu mengenakan gaya yang dimahukan.

Image result for FESYEN UMMA

BERMULANYA SEGALANYA

Ditubuhkan pada Januari 2017, Umma umpama bayi yang baru lahir. Bermula dengan keluaran variasi skaf dan anak tudung, jenama ini mengembangkan sayap perniagaannya dengan keluaran beberapa koleksi pakaian termasuk busana raya yang dikenali sebagai ‘Down To Earth Collection’.

“Alhamdulillah mengetahui Umma semakin diterima dan mendapat respon luar biasa, kami buka laman web rasmi Umma. Tiga minggu kemudian,  koleksi Umma juga berada di laman web FashionValet . Ini merupakan satu perkembangan baik untuk perniagaan saya,” kata Zairin Zainul Azman, pemilik jenama ini.

Menekankan aspek jahitan, perincian berkualiti dan keselesaan, Umma mahu memastikan pelanggan rasa teruja dengan apa yang dipakai.

“Tudung semi-ringkas dari koleksi pertama kami laris kerana ia bukan sahaja selesa malah ia boleh dipakai untuk semua peringkat umur tidak kira golongan ibu bekerja di rumah atau pejabat, sesiapa yang baru berhijab ataupun pelajar yang aktif dalam bidang sukan. Menariknya, ia hanya memerlukan lima minit untuk disarungkan dan ianya bertepatan dengan hasrat kami yang mahu pelanggan rasa teruja dengan penampilannya,” katanya lagi.

Dalam usaha menjadi jenama fesyen sopan terbaik, Umma sentiasa memastikan fabrik yang digunapakai memberikan keselesaan semaksima mungkin.

FABRIK KUALITI JADI KEUTAMAAN

“Untuk koleksi busana raya, kami gunakan kain kapas dan linen berkualiti. Ini termasuklah koleksi pakaian lelaki, Umma Men. Fabrik tersebut bagus kerana bila kita pakai, kedutan tidak terserlah. Selain itu, kain polycrepe juga menjadi fabrik pilihan dalam pembikinan busana sopan kami kerana ia mempunyai aliran pengudaraan yang baik,” jelas anak jati Selangor ini.

Dunia fesyen menyaksikan ramai antara kita berlumba-lumba menghasilkan koleksi tudung dan pakaian sopan sendiri. Bagi Umma, ia merupakan satu cabaran bagi dirinya untuk sentiasa tampil dengan kelainan agar tidak lemas dalam arus fesyen muslimah tempatan yang diibaratkan seperti cendawan tumbuh.

“Umma berbeza dengan jenama fesyen sopan yang lain. Pakaian kami lebih minimalis dan fokus lebih kepada perincian. Itu antara elemen yang  tidak semua pelanggan perasan sehinggalah mereka sudah melakukan proses jual beli. Selain itu, ada antara helaian Umma boleh dipakai dengan dua cara samada pada bahagian belakang mahupun depan badan. Selain itu, dalam memastikan setipa baju yang keluar itu berkualiti, saya akan pakai baju contoh dahulu untuk memastikan ia benar-benar mematuhi segala aspek sebelum ianya dihantar ke bahagian produksi, “ jelasnya lagi.

 

The post Kualiti Sentiasa Jadi Keutamaan Kami- Umma appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment