Gigi Hadid Dan Empat Orang Model Disekat Dari Memasuki China

 

Pentas Victoria’s Secret Fashion Show 2017 bukan milik Gigi Hadid kerana model terkenal ini dikatakan telah disekat dari memasuki China gara-gara isu perkauman yang mengaitkannya sebelum ini.

 

[caption id="attachment_112220" align="aligncenter" width="640"] Gambar : Sumber Google[/caption]

 

Victoria’s Secret Fashion Show 2017 bakal berlangsung pada 20 November ini di Shanghai, China. Tidak seperti sebelum ini, kali ini pertunjukan fesyen pakaian dalam mewah ini tidak akan menampilkan Gigi Hadid serta beberapa orang model lain sebagai angel VS kerana mereka dilaporkan menarik diri dari acara pentas fesyen berprestij ini.

 

Laporan media dari China mengesahkan Gigi Hadid dan empat model lagi iaitu Julia Belyakova, Kate Grigorieva, Irina Sharipova dan Dasha Khlystun tidak akan beraksi di pentas peragaan Victoria’s Secret 2017. Gigi menerusi akaun Twitternya mengesahkan menarik diri atas sebab yang tidak dijelaskan.

 

Manakala empat model lain yang berasal dari Rusia dan Ukraine disahkan tidak dibenarkan masuk ke China kerana visa mereka tidak diluluskan.

 

Beberapa media melaporkan ini kerana terdapat isu seorang model kanak-kanak berusia 14 tahun dari Rusia, Vlada Dzyuba mati selepas dikatakan terlalu penat bekerja sebagai model peragaan.

 

Pihak China menyekat model kelahiran Rusia dan Ukraine daripada bekerja di sana selagi kes kematian Vlada tidak diselesaikan.

 

Manakala Gigi pula dilaporkan disekat atas sebab pernah memuat naik video berbaur perkauman terhadap bangsa Cina di Instagramnya  pada awal tahun ini.

 

China memang terkenal dengan tindakan menyekat masuk beberapa selebriti antarabangsa atas sebab pernah mengeluarkan kenyataan sensitif terhadap negara itu serta berkelakuan tidak bermoral. Antara selebriti yang disekat ke negara China ialah Justin Bieber, Miley Cyrus, Brad Pitt, Jay Z dan ramai lagi.

 

 

Kendall Jenner juga disahkan menarik diri dari pertunjukan fesyen terkemuka dunia itu kerana sudah terikat kontrak dengan satu jenama pakaian dalam iaitu La Perla.

The post Gigi Hadid Dan Empat Orang Model Disekat Dari Memasuki China appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment