Payudara antara aset utama kecantikan wanita. Sudah tentu anda mahu menjaganya sebaik mungkin apatah lagi jika anda sudah berkahwin dan melahirkan anda. Jika tidak dijaga, pasti payudara anda akan cepat kendur, hilang bentuk dan kurang keanjalannya.
Pun begitu, ramai juga yang memilih untuk mengamalkan minuman kesihatan bagi menjaga payudara. Berikut ialah empat petua tradisional yang anda boleh amalkan untuk penjagaan payudara.
Cara 1:
- Sediakan 1 sudu minyak Vitamin E, 1 sudu yogurt asli dan 1 biji telur.
- Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata.
- Sapukan bahan tersebut pada kedua payudara (kecuali bahagian puting).
- Biarkan selama 20 hingga 30 minit sebelum dibilas bersih dengan air suam.
Cara 2:
- Panaskan 2 sudu minyak sapi hingga cair. Biarkan hingga agak suam.
- Sapu dan urutkan pada sekeliling payudara anda selama 15 minit dengan gerakan memutar ke arah dalam.
- Selepas itu, basahkan tuala dengan air suam dan bersihkan payudara anda.
Cara 3:
- Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga lumat.
- Sapukan pada payudara (jangan terkena bahagian puting)
- Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas bersih.
Cara 4:
Bagi ibu -ibu yang menyusukan bayi dan takut payudara kendur, anda boleh cuba cara ini:
- Sediakan beberapa helai daun sirih.
- Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih itu dan layurkan di atas pai yang kecil (boleh gunakan api lilin)
- Apabila daun sirih sudah layu, ramas hingga lumat dan sapukan pada sekeliling payudara (elakkan terkena bahagian puting)
The post Empat Petua Tradisional Untuk Penjagaan Payudara appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment