Akhirnya Teka-Teki Terjawab, Ini Status Hubungan Fazura Dan Fattah Amin Yang Sebenarnya.

Semalam, pada 23 November 2017 bertempat di Royale Chulan, Kuala Lumpur, pasangan selebriti terkenal Fattah Amin dan Fazura telah mengadakan sidang media untuk menjawab semua persoalan mengenai status hubungan mereka yang kini menjadi isu hangat dalam dunia seni hiburan.

Pasangan yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarga masing –masing tiba di sidang media pada jam 7 petang. Sidang media terus dimulakan dengan penjelasan dripada Fattah Amin selepas bacaan Al-Fatihah.

Menurut Fattah Amin, dia telah menghantar rombongan ke rumah Fazura untuk tujuan merisik dan seterusnya melangsungkan pertunangan bersama Fazura. Pada 13 November yang lalu, dunia hiburan digemparkan dengan laporan daripada media tempatan yang mengatakan pasangan itu telah mengadakan majlis pernikahan di rumah nenek Fazura.

Jelas Fattah Amin, majlis yang diadakan pada 13 November itu adalah majlis pertunangannya dengan Fazura manakala majlis yang diadakan pada 14 November adalah kenduri doa selamat. Fattah Amin turut menegaskan bahawa dia dan Fazura masih belum mendirikan rumah tangga bahkan mereka tidak melangsungkan perkahwinan sewaktu mereka di Mekah.

Ditanya mengapa mereka tidak menerangkan perkara sebenar kepada umum, Fattah Amin dan Fazura menjelaskan bahawa mereka ingin menumpukan perhatian mereka untuk menjalani ibadah dan tidak mahu diganggu pada tempoh tersebut. Bahkan pasangan itu menerangkan bahawa mereka sudah merancang untuk menjelaskan perkara yang sebenar sebaik sahaja mereka pulang daripada Mekah.

Tambah Fattah Amin lagi, pertunangannya dengan Fazura juga sudah dirancang beberapa minggu lalu dan mereka juga sudah merancang untuk memaklumkan kepada umum sebaik sahaja selesai menunaikan umrah.

Akan Menghadiri Kursus Perkahwinan

Pasangan itu turut menjelaskan bahawa mereka kini sedang dalam proses pemohonan pernikahan bahkan dokumen yang berkaitan dengan permohonan pernikahan juga telah dikemukakan bagi proses selanjutnya. Dalam masa yang sama, mereka juga sedamg dalam rangka menghadiri kursus perkahwinan.

Mengurai spekulasi yang sedang bertebaran, pasangan itu masih belum dapat memastikan tarikh nikah kerana sedang menunggu pengesahan proses aplikasi. Kedua keluarga selebriti ini telah memutuskan untuk mengadakan majlis pernikahan tertutup dan majlis resepsi pula dijangka akan diadakan pada tahun hadapan. Pasangan ini masih belum memutuskan tarikh yang tepat berikutan dengan jadual mereka yang padat.

The post Akhirnya Teka-Teki Terjawab, Ini Status Hubungan Fazura Dan Fattah Amin Yang Sebenarnya. appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment