Baru baru ini viral di media sosial apabila Joy Revfa membuat sidang media mengenai status perkahwinannya bersama Hafiz Hamidun. Kenyataan dibuat mendapat respon pelbagai pihak yang rata-rata menganggap Joy tidak matang. Walau bagaimanapun, Hafiz Hamidun diam tidak memberi respon mengenai ini.
Terbaru, menerusi Harian Metro mereka akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Lafaz cerai itu diucapkan Hafiz terhadap Joy di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof, pada jam 4.10 petang tadi.
Tiada tempoh edah
Mahkamah juga memerintahkan tiada tuntutan daripada kedua-dua pihak selepas mereka bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perkahwinan.
Perceraian itu disahkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Joy Revfa juga tidak perlu menjalani tempoh edah kerana mereka tidak pernah mengadakan hubungan kelamin.
Joy sering mengaibkan di media sosial
Tidak wujud persefahaman antara mereka antara alasan diberikan Hafiz selain mendakwa Joy Revfa sering mengaibkannya di media sosial. Hafiz turut mendakwa wanita itu melawan dan mengingkari segala suruhannya sebagai suami termasuk menjatuhkan imej juga reputasinya.
Sumber : Harian Metro
0 comments :
Post a Comment