Meskipun Selena Gomez sudah kembali bersahabat dengan Justin Bieber, The Weeknd dilihat cukup profesional dan menerima persahabatan mereka.
Gambar : Sumber Google
Justin Bieber dan Selena Gomez kini dilihat erat semula pabila baru-baru ini bintang terkenal itu telah pergi ke kediaman Selena bersama teman-temannya.
Tetapi jangan mudah berburuk sangka kerana Selena masih lagi bersama The Weeknd. Justin dan Selena tidak hanya berdua kala berada di kediamannya, malah ditemani sahabat mereka serta The Weeknd sendiri mengetahuinya.
Selena Gomez dan The Weeknd
Hanya satu sebab mengapa The Weeknd tidak ada di tempat yang sama kerana dia sedang mengikuti jelajah muziknya. Menurut sumber terdekat, Justin hanya melawat Selena di kediamannya berikutan penyanyi itu baru sahaja menjalani pembedahan buah pinggang.
Menerusi laporan media antarabangsa, Selena turut dilihat berada di Studio City pada hujung minggu lalu di mana Justin juga berada di sana pabila kelihatan kereta putih G-Wagon miliknya di lokasi itu.
The post Selena Gomez Dan Justin Bieber Berbaik Semula appeared first on EH!.

0 comments :
Post a Comment