[Reviu Filem] Let Me Eat Your Pancreas

Permainan emosi yang bijak menjadi DNA filem Jepun terbaru ini.

Novel bertajuk Let Me Eat Your Pancreas oleh Yoru Sumino kini diadaptasi kepada filem yang bakal mengalirkan air mata anda. Sejak novel berkenaan dijual pada Jun 2015, ia laris terjual dan mendapat jolokan novel air mata.

Pengarah: Sho Tsukikawa

Barisan Pelakon: Minami Hamabe, Takumi Kitamura, Shun Oguri dan Keiko Kitagawa

Tarikh Mula Tayangan: 5 Oktober di GSC

Sinopis: Sakura Yamauchi (Minami Hamabe) dan Shun Oguri (Takumi Kitamura) adalah bekas rakan sekelas sekolah tinggi. Mendapat ilham daripada kata-kata Sakura, Shun Oguri kini sudah bergelar seorang guru di sekolah lama mereka. Semasa bersembang bersama anak muridnya, dia teringat akan hari-hari indah yang pernah dilalui bersama Sakura. Sakura, seorang gadis yang menderita penyakit pankreas gemar menulis diari dan cuba untuk hidup sebaik mungkin pada saat-saat akhir hidupnya. 12 tahun selepas kematian Sakura, Shun Oguri dan juga rakan baik Sakura, Kyoko (Karen Otomo / Keiko Kitagawa) kembali mengingati akan apa yang diinginkan oleh Sakura semasa hayatnya.

Jalan cerita filem ini bermain dengan emosi dan bakal membuatkan penonton terkejut akan pengakhiran jalan hidup Sakura yang tidak disangka-sangka. Titis air mata pastinya akan mengalir melihat jiwa kental Sakura yang menghidap komplikasi pankreas, namun masih mampu ketawa riang dan cuba menikmati kehidupan itu sendiri. Kesunyian yang dapat dirasa dalam diri Shun Oguri juga mampu menusuk jiwa.

The post [Reviu Filem] Let Me Eat Your Pancreas appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment