Rahsia Cantik Fazura Dengan Nutox Renewing Treatment

Jika ditanya pada wanita tentang matlamat utama mereka untuk kulit, sudah pasti jawapan mereka adalah kulit yang cantik berseri dan sentiasa nampak muda.
 

 
Kajian pengguna mendapati wanita Malaysia mahukan kulit yang kelihatan cantik secara semula jadi yang boleh ditakrifkan sebagai kulit tampil berseri dan segar, dan fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan juga di Korea hingga ke Jepun mahupun negara China. Wanita Asia sentiasa mencari kaedah untuk mendapatkan seri wajah semula jadi tanpa perlu menggunakan produk mekap.
 
Kulit kusam adalah antara masalah kulit yang biasa dihadapi oleh wanita Asia. Tahukah anda bahawa kulit kusam juga adalah salah satu tanda awal penuaan?
 
Apabila umur semakin meningkat, tanda seperti kekusaman, kedut dan kehilangan keanjalan mula kelihatan. Ini adalah disebabkan oleh pengurangan keupayaan untuk memperbaharui kulit secara semula jadi. Oleh itu, ia amat penting sekali untuk membantu memperbaharui semula kulit secara lembut tetapi berkesan.
 

 
Kini, anda boleh memiliki dan mengagumi kulit anda dengan rangkaian penjagaan kulit Renewing Treatment daripada Nutox.
 
Produk penjagaan kulit Nutox Renewing Treatment menampilkan teknologi proprietari yang dikenali LumiNes yang menggabungkan dua ramuan utama iaitu Lumiskin dan Actistem Gold Nest untuk memberikan hasil yang kelihatan berseri dari dalam seperti yang diinginkan oleh para wanita. LumiNes mengaktifkan sel dasar kulit yang tidak aktif dan meningkatkan tekstur kulit agar kulit berseri secara semula jadi apabila digunakan dengan kerap. Rangkaian Nutox Renewing Treatment terdiri daripada 3 produk:
 

Renewing Treatment Lotion (150ml)

Losyen yang lembut tetapi penuh kebaikan ini direka khas untuk menyediakan kulit bagi menerima kebaikan daripada Renewing Treatment Essence dan Cream sepenuhnya. Ia mengandungi LumiNes, toner ini bertindak untuk melicinkan dan menanggalkan bendasing untuk kesan yang lebih berseri. Losen ini turut menggantikan lembapan jauh ke dalam lapisan kulit.

Penggunaan: Selepas pembersihan, letakkan pada tapak tangan atau pad kapas dan sapukan pada muka dan leher.

 

Renewing Treatment Essence (30ml)

Dirumus dengan teknologi proprietari LumiNes. Esen ini melembap jauh ke dalam kulit dan membantu melindungi kulit daripada kekusaman akibat daripada kerosakan UV dan pencemaran selain daripada mempercepatkan kitaran pembaharuan permukaan kulit untuk seri wajah yang berkekalan.

Penggunaan: Pamkan sebanyak dua hingga tiga kali pada hujung jari dan sapu rata pada muka dan leher menggunakan pergerakan arah ke atas

 

Renewing Treatment Cream (30ml)

Dirumuskan dengan LumiNes, Renewing  Treatment Cream menyediakan kebaikan jauh ke dalam kulit untuk memulihkan, menyegarkan dan memperbaharui penampilan kulit. Tekstur yang tidak melekit ini diserap pantas bagi memberikan kemasan yang semula jadi.

Penggunaan: Urutan produk sebesar butir kacang pada kulit menggunakan pergerakan bulatan arah ke atas sehingga ia diserap sepenuhnya.

 

Kepentingan Penjagaan Kulit Buat Fazura

Duta Nutox dan juga aktres terkenal Malaysia, Fazura menjelaskan tentang kepentingan melindungi kulitnya daripada cabaran luar.

“Saya sering berada di luar sewaktu di lokasi rakaman, dnegan memakai lapisan mekap di bawah sinaran matahari. Oleh sebab stres dan kurang berehat, kulit saya mudah menjadi kusam dan tidak bermaya. Itulah sebabnya saya memilih penjagaan kulit Nutox Renewing Treatment sebagai amalan, Sejak menggunakannya, saya tidak perlu menggunakan mekap yang banyak, terutama sekali pada hari saya tidak bekerja. Renewing Treatment Lotion membantu menanggalkan mekap yang tertinggal serta kotoran lain selepas seharian bekerja dan menjadikan kulit saya lembut dan halus! Produk kegemaran saya ialah Renewing Treatment Essence kerana ia melindungi kulit saya daripada kekusaman,”-Fazura

 

 

The post Rahsia Cantik Fazura Dengan Nutox Renewing Treatment appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment