Produk Jenama Milikan Guardian Yang Terpilih Disahkan Halal Oleh JAKIM

Guardian, rantaian farmasi dan peruncit kecantikan serta kesihatan terkemuka Malaysia memiliki lebih 420 premis jualan di seluruh negara dan sentiasa memenangi kepercayaan para pengguna dengan produk yang berkualiti yang ditawarkannya.
 

 
Kesmua produk jenama milikan Guardian dikilangkan dengan piawaian kualiti yang tertinggi, dengan produk yang relevan telah diuji dan dibuktikan secara dertamologi, di mana produk ini telah mematuhi garis panduan halal JAKIM.
 
Guardian dengan bangganya mengumumkan majoriti produk keluarannya yang relevan kini telah mendapat pengesahan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan produk selebihnya kini di peringkat proses pengesahan bagi mendapatkan sijil Halal tersebut.
 
Seiring dengan itu, Guardian kini dalam proses untuk menghasilkan pembungkusan terbaru yang memaparkan logo Halal JAKIM dengan jelas pada semua pek produk jenama milikan Guardian yang telah disahkan Halal.  Antara produk yang telah disahkan Halal adalah Gel Mandian, Gel Mandian Bayi, Losyen Bayi, Cecair Pembersih Wanita dan Vitamin jenis ‘Gummies’ untuk kanak-kanak.
 
Menurut Pengarah Jenama Milikan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd., Alfonso Roderos, produk jenama milikan Guardian telah dihasilkan menepati setiap piawaian kualiti sejak dari dahulu lagi dan dengan pensijilan daripada JAKIM untuk rangkaian produk terpilih jenama Guardian adalah satu peningkatan kepada tahap jaminan untuk pengguna.
 

 
Tambah Encik Roderos lagi, produk jenama milikan Guardian yang disahkan Halal oleh JAKIM diterima baik oleh umat Islam dan juga bukan Islam kerana mereka mempunyai keyakinan dalam jaminan kualiti dan dengan pensijilan Halal oleh JAKIM in telah menambah satu lagi lapisan kepada keyakinan dan kepercayaan pengguna terhadap produk jenama Guardian.
 
Produk jenama Guardian dengan logo Halal JAKIM hanya boleh didapati secara eksklusif di kedai Guardian di seluruh negara atau anda boleh layari laman sesawang Guardian.

The post Produk Jenama Milikan Guardian Yang Terpilih Disahkan Halal Oleh JAKIM appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 comments :